Welcome Message

HIJAU BULAT (mendepani kesejahteraan rakyat)

..Kehebatan Manusia Bergantung Sejauhmana Kita Hebat Dengan Allah...
twitter

Follow on Tweets

Saturday

HUBUNGI CHE GU HALIM DI BLOG HIJAU BULAT

Seseiapa yang ingin berkongsi maklumat di dalam blog hijau bulat bolehlah menghantar mesej atau  tambah rakan di facebook saya   http://www.facebook.com/profile.php?id=100003498898311    .

Beranikah Najib Turun Ke Dataran Merdeka



Selepas perkhemahan pelajar memprotes PTPTN di Dataran Merdeka diserang oleh samseng tahi minyak upahan, Ketua Pembangkang yang bakal menjadi PM Anwar Ibrahim turun ke dataran itu untuk melihat perkhemahan itu dan memberi semangat dan sokongan.


Ha Najib Razak
Setelah empat malam pelajar bermukim di situ Anwar baru turun menjenguk bersama timbalan presdien PKR Mohamed Azmin Ali. Kehadiran Anwar menberi suntikan semangat baru kepada kumpulan aktivis pelajar itu. Khabarnya malam tadi lebih 1,000 orang mengunjungi perkhemahan sambil memberi pelbagai sokongan dan bantuan berupakan makanan dan sebagainya.

Sebelum ini tidak beberapa ramai pemimpin PKR turun memberi sokongan. Begitu juga di pihak Pas beberapa pemimpin kecil atau pemimpin budak mereka ikut sama turun ke dataran merdeka. Pemimpin besar sekali belum turun. Bagaimana pun tidak jelas apakah ada pemimpin DAP ikut sama turun dan memberi kata-kata semangat.

Mungkin DAP berhati-hati untuk turun secara nyata bimbang takut dikaitkan dengan perkauman kerana jumlah pelajar berbangsa Cina ramai mengambil bahagian dalam perkhemahan protes itu. Dan kalau pun pemimpin politik Pakatan Rakyat tidak menonjol dengan protes itu tidak menjadi kesalahan, kerana apa yang berlaku itu adalah atas inisiatif para pelajar itu sendiri. Mereka menutut hak atau memperjuangkan isu yang ada kaitan dengan golongan mereka.

Bagaimana pun aktiviti mereka ada kaitan dengan Pakatan Rakyat tidak boleh dinafikan. Pemansuhan PTPTN untuk meringankan bebanan pelajar dan ibubapa yang miskin dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat. Mereka (pelajar) hanya menyambung dan terus membangkitkan isu itu saja. Sekiranya isu itu tidak relevan dengan mereka, mereka tidak 'ngo' (tolol dan bengong) untuk melakukan protes itu sampai ada yang tercedera.

Sebenarnya isu PTPTN bukan hak mana-mana pihak. Bukan hak Pakatan Rakyat, bukan hak Pas atau PKR ataupun DAP. Tetapi hak semua. Ia juga merupakan isu atau perkara yang perlu difikirkan oleh UBN. Tidak timbul di sini kalau Pakatan Rakyat hendak berniaga dengan isu itu. Kerana UBN juga boleh pertahankan mengenai kemunasabahan isu-isu berkenaan dan sekaligus menjadikan modal untuk menang pilihan raya.

Makanya apabila mahasiswa itu diserang oleh samseng tahi minyak upahan, Umno perlu ikut memberi perhatian kepada perkhemahan itu. Umno juga berhak untuk bertanya khabar mengenai apa yang berlaku. Dalam apa juga keadaan para pelajar berkenaan adalah warganegara ini yang menjadi tanggungjawab kerajaan memelihara keselamatan dan kedaulatannya sebagai warga sebuah negara.

Tidak menjadi dosa kalau pemimpin Umno menziarhi mereka. Lagipun serangan itu bukan ada kaitan dengan Umno. Sebelum ini Umno menafikan yang samseng itu bukan mereka yang upah. Ketua Pemuda tidak ada kuasa, Khairy Jamaluddin pun menafikan yang samseng itu adalah samseng tahi minyak Umno.

Kalau benar begitu, disebabkan isu PTPTN adalah isu rakyat di mana parti politik memperjuangkan isu-isu rakyat, wajar kalau pemimpin UBN ikut sama melawat perkhemahan itu. Mungkin kedatangan mereka bukan niat menggalakkan protes itu diteruskan tetapi atas rasa tanggungjawab pemimpin mereka kena prihatin kepada apa dialami pelajar berkenaan.

Pemimpin-pemimpin seperti Mohd Najib Razak, Ahamd Maslan, Shafei Afdal, Khalid Nordin atau Udin anak Yassin hendaklah berjumpa dengan mereka. Bersantai dengan mereka di Dataran Merdeka. Mereka perlu meluangkan masa berjumpa dari hati ke hati bertanya khabar apakah masalah mereka. Dalam pada itu cuba jelaskan secara rasional kenapa PTPTN perlu diteruskan dan menjelaskan secara jujur dan ikhlas ia tidak sesuatu membebankan.

Saya rasa kalau Najib turun (asal jangan bawah Rosmah sama takut kena boo), keadaan jadi lain sedikit. Para pelajar itu akan tenang dan merasa lega. Mereka rasa dipedulikan kerana seorang PM turun berjumpa dengan mereka. Kalaupun mereka tidak akan membatalkan protes itu tetapi setidak-tidaknya mereka dapat merasakan bahawa Najib adalah pemimpin yang benar-benar mendahului rakyat.

Najib kena ingat dan tidak boleh pandang remeh dengan apa dilakukan oleh pelajar berkenaan. Sesuatu protes yang besar yang akhirnya boleh meruntuhkan kerajaan atau sesebuah ampayer bermula dari perkara kecil. Misalnya demonstrasi dan kebangkitan rakyat yang berlaku di Tunisia dan Mesir ia bermula dari satu titik yang kecil saja.

Kebangkitan rakyat di Tunisia sehingga menjatuhkan diktator Ben Ali bermula kerana tindakan bernai seorang pelajar bernama Muhammad Bouazizi yang membakar dirinya kerana tidak berpuas hati dengan kerajaan tempatan yang melarangnya menjual sayur. Bermula dari itulah aksi pelajar itu mendapat perhatian dan simpati rakyat yang kemudian bangkit 'membakar' seluruh Tunisia yang akhirnya membakar singgahsana kekuasaan Ben Ali.

Demikian juga apa yang berlaku di Mesir. Berdekad Husni Mubarak gagah berkuasa di atas singgahsananya tidak ada siapa berani mencabarnya. Tetapi apabila sekali rakyat hilang sabar dan bangkit melawannya, akhirnya diktator Husni Mubatak terpaksa mengaku kalah.

Demikian juga apa yang berlaku ke atas diktator Muhammar Ghadafi. Semua dunia kenal akan kekuatan dan kehebatan Muhammar Ghadafi. Tetapi apa jadi ke atas maharaja ini akhirnya. Dengan kebencian rakyat akhirnya dia juga berkubur sama seperti para diktator lain.

Pemimpin UBN hari ini mungkin belum sampai ke peringkat diktator atau kuku besi. Namun ciri-ciri itu sudah semakin jelas kelihatan. Nada dan kesombongan mereka jelas. Watak dan perangai mereka juga nyata. Misalnya kata-kata Ahmad Maslan terhadap pelajar itu berbunyi; siapa suruh mereka tidur di padang orang tidur di rumah, adalah kata-kata sombong dan bongkok sedikitpun tidak melahirkan rasa simpati. Itu adalah ciri-ciri diktator.

Demikian juga kata-kata seorang lagi pemimpin Johor Khalid Nordin, yang mengatakan sekiranya PTPTN hendak dimansuhkan sila pulangkan wang pinjaman itu. Kata-kata sebegitu tidak seharusnya keluar dari mulut pemimpin yang seharusnya penuh berdiplomasi dan berhemah dengan rakyat apa lagi remaja.

Rasanya kemarahan mahasiswa dan orang ramai kepada serangan samseng tahi minyak itu masih boleh dibendung lagi dengan syarat Najib Razak turun sendiri ke dataran merdeka untuk berjabat salam dengan mahasiswa. Sekiranya Najib juga elergik untuk berbuat begitu, saya cukup bimbang golongan mahasiswa akan melebelkan Najib sebagai pemimpin yang tidak ada diplomasi dan tak mesra alam dengan golongan mereka. Natijah dari kedigilan itu Najib tunggulah apa akibatnya nanti. -mso

KENAPA MENTERI TAK HADIR ?

Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi tidak akan hadir atau menghantar wakil ke perbicaraan di mahkamah Perancis berhubung kes bayaran komisen tidak sah kepada pegawai tertinggi Malaysia dalam penjualan kapal selam pada 2002.

Katanya, tiada sebab untuk beliau hadir kerana bukan menjadi saksi dan beliau tidak akan menggunakan wang kerajaan atau duit poket sendiri bagi membiayai kehadiran ke sana, lapor Sin Chew.

azlan"Mereka boleh buat perbicaraan, tetapi Kementerian Pertahanan tidak akan hantar wakil ke Perancis, tetapi saya percaya duta Malaysia di sana akan mengikuti kes ini," beliau dipetik sebagai berkata kepada harian berbahasa Cina itu.

Ditanya tentang Najib yang disenaraikan sebagai saksi, Zahid berkata, terpulang kepada Suaram jika mereka ingin menjadikan perundangan di Perancis untuk tujuan peribadi mereka.

NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) semalam berjaya dalam hujahnya di depan hakim Roger Le Loire di tribunal Grande Instance Paris supaya kenyataan saksinya diterima.

NONEAnggota sekretariat Suaram Cynthia Gabriel memberitahu Malaysiakini, hakim menerima cadangan senarai saksi berpotensi yang dikemukakan mereka, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Zahid.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur semalam, Zahid juga mendakwa Suaram tidak bertindak untuk tujuan undang-undang tetapi mempunyai agenda politik untuk memburukkan kerajaan Malaysia.

"Kementerian sentiasa telus dan mengikuti undang-undang, kita sudah beri jawapan, tetapi mereka masih mencipta isu. Jika kita hendak memuaskan hari semua orang, takkan ada penghujungnya," katanya.

Suaram pada 2010 memfailkan kes terhadap gergasi pertahanan Perancis DCNS atas dakwaan membayar komisen secara tidak sah kepada pegawai tertinggi Malaysia dalam penjualan dua kapal semalam Scorpene kepada kerajaan Malaysia sepuluh tahun lalu. - MK