Welcome Message

HIJAU BULAT (mendepani kesejahteraan rakyat)

..Kehebatan Manusia Bergantung Sejauhmana Kita Hebat Dengan Allah...
twitter

Follow on Tweets

Friday

KEDAH SEJAHTERA : LUPAKAN SENGKETA, BINA JENTERA, UNTUK PELIHANRAYA

Setelah sebulan isu dalaman PAS Kedah , kini semua kembali tenang. Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah memberi perkenan untuk melantik semula Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh sebagai Exco Kerajaan Negeri, namun tarikh mengangkat sumpah belum ditetapkan.

Dengan perkenan Tuanku kemungkinan sedikit rombakan dalam portfolio akan berlaku termasuk lapan Exco yang mengangkat sumpah 28 Februari lalu akan dirombak semula.Ini bagi memastikan jentera Kerajaan Negeri dapat dijalankan mengikut kehendak rakyat .

Konflik dalaman ini cukuplah kita ibaratkan sebagai episod bermuhasabah terhadap kelemahan yang ada agar tidak menjadi buah tanggung musuh dalam politik plihanraya yang hampir sangat tiba.

DS Azizan mesti berubah sikap dalam pentadbiran dengan menerima pandangan orang bawahan, ada komunikasi dua hala , tidak terlampau 'cengei' dan 'prongos' dengan orang bawahan terutama orang PAS, tidak menggunakan konsep autokrasi.

Dato' Phahrolrazi dan Dr Ismail pula mesti mengotakan janji bagi bekerja bersunguh-sungguh, apa yang berlaku hanyalah cara untuk menegur DS Azizan sahaja. Tumpukan untuk memberikan keadilan dan kebajikan kepada rakyat Kedah. Jika ada yang bersengketa segera rujuk kepada PAS pusat sebagai orang tengah.

Jika masing-masing mengenepikan ego dan pendapat peribadi , bahkan mengutamakan rakyat , kita yakin UMNO dan BN tidak nampak jalan nak rampas Kedah dari tangan pakatan rakyat.

Wednesday

KEMELUT KERAJAAN KEDAH : ADAKAH PANAHAN DARI DOA ORANG YANG DIZALIMI ?

 


Ada satu mesej dalam mesej box face book saya yang dihantar mungkin dari pembaca setia HIJAUBULAT.BLOGSPOT.COM memberikan pandangan beliau mengenai apa yang berlaku dalam situasi kemelut di dalam pentadbiran Kedah kini  adalah hanya dari kerana perkara  yang kecil bagi manusia tetapi besar di sisi Allah. Saya akan paparkan pandangan beliau tersebut.


Ketika Rasulullah SAW mengutus Muaz Bin Jabal ke negeri Yaman (Untuk menjadi Amir dan Qadhi), Baginda bersabda kepada nya: “Hindarilah doa orang yang di zalimi, kerana sesungguhnya tidak ada antara doa nya itu dengan Allah SWT hijab yang mendindingi”

WANITA TUA YANG LEMAH DIZALIMI PEMIMPIN

Al-Tanukhi berkata : Terdapat seorang menteri di Baghdad yang berlaku zalim terhadap seorang wanita tua yang lemah. Hartanya dirampas dan semua hak wanita itu diambil. Wanita itu dengan berani mengadu kepada menteri tersebut sambil menangis dan memprotes kekejaman menteri itu. Menteri itu sama sekali tidak menyedari kezalimannya terhadap wanita itu. 

Wanita itu berkata : Walaupun engkau tidak menyedarinya, aku tetap akan berdoa kepada Allah agar kecelakaan akan menimpa kamu. Menteri itu ketawa terkekeh-kekeh sambil mengejek dengan katanya : berdoalah satu pertiga akhir malam. Wanita itu bangun pada satu pertiga akhir malam dan dia berdoa secara berterusan.

Tidak berapa lama kemudian, menteri itu dipecat dan seluruh hartanya disita. Dia diikat di tengah pasar dan dirotan sebagai hukuman  takzir terhadap kezalimannya selama ini terhadap rakyat jelata. Wanita tua itu lalu didepannya untuk melihat siapa yang diikat, dia berkata : Engkau benar. Engkau telah mencadangkan aku agar berdoa satu pertiga akhir malam dan sekarang terbukti ia waktu paling baik.

AKIBAT PEMIMPIN LALAI DOA ORANG DIZALIMI
Di dalam kitab Siyarul 'Alam an Nubala terdapat kisah seorang anak dari Yahya al Barmaki brkata pada saat setelah berkuasa kita menjadi seperti ini ? Yahya al Barmaki menjawab, " Wahai anakku, kita telah lalai pada doa orang yang teraniaya, namun Allah tidak pernah lalai dan lupa terhadap doa orang yang teraniaya

Mungkin kisah di atas juga perlu diambil pengajaran dalam kes Kerajaan Kedah khususnya DS Azizan  (Pengerusi KUIN) dan Naib Canselor KUIN yang mungkin menganggap isu KUIN adalah isu yang kecil tetapi menurut sumber di dalam mesej yang dihantar pada saya ada 3 perkaran utama apabila hak manusia dirampas bimbang doa orang teraniaya akan menunjukkan kebenaran hadis Nabi yang saya sebutkan tadi. Mungkin kita orang yang tidak berkait dengan KUIN merasa ianya kecil tetapi besar bagi mereka yang dizalimi. Bahkan Allah sekali-kali tidak akan lupa dan lalai dengan doa orang yang dizalimi walaupun kecil sahaja bagi pandangan manusia. 3 perkara tersbut ialah :


1 - Seorang pensyarah di Kuliah Tahfiz KUIN Us Idris Ismail al Hafiz telah dipecat jawatan kerana hanya menuntut hak bangunan tahfiz KUIN.
2 - Semua tuan guru -tuan guru huffaz yang mengajar Diploma Tahfiz KUIN dikeluarkan dari KUIN untuk berada di bawah Yayasan Islam hanya kerana menegur agar jangan mengambil hak mereka (bangunan tahfiz)
3 - 5 orang pelajar KUIN dikenakan tindakan menggunakan undang-undang zalim ala AUKU dengan digantung pengajian selama satu hingga dua semester.

Menurut penghantar mesej (saya rasa kemungkinan pelajar atau pensyarah Tahfiz) :"Kami dianiayai, kami hanya bersuara terus dianggap tidak sayang pada KUIN, Tok Guru kami Ustaz Idris al Hafiz dipecat  dari jawatan Timbalan Dekan Kuliah Tahfiz, kami bersuara kami digantung pengajian, Semua tok-tok guru kami dianiayai lagi apabila KUIN ambil keputusan keluarkan program Diploma dari KUIN maka tok guru kami dipindahkan di bawah Yayasan Islam, kami sudah tidak ada tempat lain untuk mengadu melainkan Allah, kami sentiasa mengadakan solat hajat dan doa secara brjamaah semenjak kami dianiayai ......."

Saya amat takut pada ayat yang terakhir dengan doa dan solat hajat aduan pada Allah, bimbang ia dianggap kecil tetapi besar pada Allah.Saya baca dalam blog yang di 'foward'kan pada saya (maharajasuntzu.blogspot.com) yang mengandungi bukti minit mesyuarat penglibatan DS Azizan dan Naib Canselor KUIN, Dato Jamil  dalam isu KUIN hingga menjadi isu nasional .

Saya pergi KUIN semalam dan berjumpa dengan beberapa pelajar tahfiz dan tok-tok guru mereka  mengenai perkara ini dan mereka membenarkan mesej yang saya terima itu bahkan ditambah lagi "kami dah lama kena zalim". Subhanallah  kalaulah inilah punca utama, perdamaian dan majlis permaafan perlu dilakukan antara DS Azizan dan Dato Jamil serta seluruh warga tahfiz KUIN. Kita sayangkan Kerajaan Islam , jangan kerana individu tertentu Kerajaan ditumbangkan... mintak simpang  Dikhabarkan ketika ini DS Azizan pun masih kurang stabil selepas dimasukkan ke hospital tempoh hari dan pada masa yang sama saya diberiatahu Dato Jamil pun berada di hospital untuk dilakukan pembedahan jantung, wallahu a'lam hanya 'hanya manikam yang mengenal jauhari'

8 Mac 2012

JAWATAN KUASA PEMANDU DAN PELAKSANAAN HISBAH DI DALAM ISLAM




Oleh : Ibnu Mokhtaruddin

Pelaksanaan Hisbah di dalam tradisi Islam bermula sejak dari zaman Rasulullah lagi. Baginda telah melantik pegawai-pegawai untuk mengawasi perjalanan pasar dan urusan perdagangan.

Mereka ini digelar ‘Penyelia Pasar’ (Sahib as-Suq) atau ‘Petugas di Pasar’ (al-Amil fil-Suq)[1].

Bidang tugas mereka pada masa itu bertumpu kepada memastikan tidak berlaku penindasan atau penipuan dan semua pihak patuh kepada sistem timbangan dan sukatan atau dengan erti kata lain menjamin berlaku keadilan di dalam urusniaga.

Amalan ini diambil serius oleh para Khalifah ar-Rasyidin seterusnya. Adalah diriwayatkan bahawa Umar ibn al-Khattab dan Ali ibn Abi Talib sendiri pernah menjalankan tugas mengawasi perjalanan pasar ini. Menjelang akhir pemerintahan Umayyah, gelaran petugas ini bertukar kepada Muhtasib.

Pelaksanaan sistem ini berterusan sepanjang pemerintahan Islam. Terdapat pelbagai penulisan yang membicarakan prinsip dan pelaksanaan sistem Hisbah samada yang membicarakan Hisbah secara khusus seperti Al-Hisbah fil-Islam oleh Ibn Taimiyah atau karya-karya mengenai fiqh dan pemikiran politik Islam yang membicarakan soal Hisbah di dalamnya seperti Ahkam al-Sultaniyah oleh al-Mawardi dan Ihya Ulum ad-Din oleh Imam al-Ghazali.

Malah karya-karya umum yang membicarakan Islam secara menyeluruh juga seringkali memuatkan topik Hisbah di dalamnya. Terdapat juga karya yang merupakan manual atau panduan secara praktis di dalam melaksanakan Hisbah. Salah satu karya berbentuk manual kerja sebegini yang dianggap terhebat ialah Nihayat at-Rutbah fi Talab al-Hisbah oleh as-Syaizari yang ditulis sebagai panduan untuk Sultan Salahuddin al-Ayubi.

Kewujudan berpuluh-puluh atau mungkin ratusan karya ini adalah cerminan betapa topik Hisbah diberikan perhatian khusus dan penting. Malah pengamatan terhadap karya-karya ini memberikan gambaran jelas bagaimana pemerintah-pemerintah Islam melaksanakan Hisbah dengan serius

Tuesday

AZIZAN BIJAK BERPOLITIK, TETAPI TIDAK DENGAN ISU KUIN DAN 2 EXCO



Seluruh rakyat Kedah berasa bersyukur kerana semenjak dunia ini dijadikan  buat pertama kalinya PAS mewakili Pakatan Rakyat memerintah negeri Kedah pada tahun 2008 selepas menang pada pilihanraya umum ke 12. Umno dan Barisan Nasional tidak menjangkakan mereka akan tumbang, yang paling tak menyangka ialah Dato Zainudin yang ketika itu sebagai Menteri Penerangan.
Pelabagai krisis dan isu timbul untuk meranapkan Kerajaan Kedah namun erjaya dislesaikan dengan kebijaksanaan DS Azizan
Isu ternakan babi pada Julai 2009 yang bermula daripada soalan yang dikemuka semasa sidang Dewan Undangan Negeri Kedah oleh ADUN Bakar Bata melalui garapan ayat yang berunsur provokasi seterusnya diputar-belit serta disensasikan oleh media dengan cara yang tidak bermaruah dan bercirikan etika kewartawanan picisan. ADUN Bakar Bata bertanya samada kerajaan negeri bercadang untuk merancang projek ternakan babi secara komersial sedangkan projek tersebut telah pun diluluskan oleh kerajaan negeri semasa dibawah pentadbiran rejim Umno/BN dahulu lagi iaitu pada 04 Disember 2007.  Lalu di jawab oleh DS Azizan bahawa projek ini hanya akan diteruskan sekiranya tidak mendapat bantahan daripada rakyat.Pendekatan ini diambil sebagai menghormati kehendak rakyat pelbagai kaum dan  keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan terdahulu. Isu babi selesai , UMNO gagal memanipulasikan isu.
Isu arahan penutupan pusat-pusat hiburan sepanjang bulan Ramadhan pada Julai 2011. Seperti biasa, media massa yang dimiliki oleh UMNO terus menerus menghentam PAS dan melaga-lagakan di antara pimpinan Pakatan Rakyat dalam isu ini. Namun diselesaikan dengan penuh kebijaksanaan , sekali lagi UMNO gagal memainkan isu.
ISU KUIN 5 DIKENAKAN AUKU
Namun kenapa isu tindakan KUIN mengenakan hukuman gantung kepada 5 orang mahasiswa dengan menggunakan undang undang tatatertib ala AUKU masih berlanjutan hingga kini masuk ke tahun kedua sedangkan DS Azizan merupakan Pengerusi Lembaga Pentadbir KUIN.
Isu yang bermula dengan demonstrasi pelajar tahfiz yang menuntut supaya tidak dikeluarkan daripada bangunan tahfiz yang hendak dijadikan sekolah swasta pada 1 April 2011. Natijahnya 3 orang pelajar yang menyertai dan berucap pada demo tersebut dan 2 lagi hanya mengeluar kenyataan akhbar agar MB turun padang bantu selesaikan masalah dalaman KUIN di gantung antara 1 hingga 2 semester.
DS Azizan menafikan adanya surat pekeliling yang mengeluarkan pelajar tahfiz namun sebaliknya memang ada surat arahan untuk mengosongkan bangunan. DS menafikan terlibat dalam urusan pentadbiran menjatuhkan hukuman kepada KUIN 5 namun saya terbaca satu minit mesyuarat yang membuktikan penglibatan DS Azizan dalam menjatuhkan hukuman (sila layari laman maharajasuntzu.blogspot.com).
Akhirnya setelah hukuman dikenakan dan rayuan dibuat oleh KUIN 5 lalu ditolak mentah-mentah oleh KUIN, 5 pelajar tersebut yang menurut sumber merupakan aktivis PAS terpaksa membawa ke mahkamah untuk mencari jalan penyelesaian dan pembelaan.
DS Azizan kata Kedah akan guna AUKU walaupun beliau mengetahui kenyataan tu bercanggah dengan Buku Jingga lantas  kemuncaknya Prof Dr Aziz bari mengeluarkan kenyataan berani mengatakan  kalau DS Azizan nak guna AUKU baik masuk UMNO (kerana perjuanan memansuhkan AUKU terdapat dalam buku jingga)
Menurut sumber punca utama kegagalan dalam isu ini ialah DS Azizan tidak mendengar pandangan orang lain melainkan Dato Dr Jamil Osman (Rektor KUIN) yang akhirnya boleh mencalarkan imej KUIN diperingkat nasional
ISU 2 EXCO ENGGAN DILANTIK SEMULA
Isu ini pembaca bolehlah merujuk dalam artikel saya yang sebelum ini, banyak saya nukilkan maklumat yang hampir tepat berdasrkan maklumat yan saya kaji dan terima.
Ramai orang berkata kenapa sekarang hamper PRU 13 baru timbul isu ini. Jawabnya isu ini dah timbul lama dan telah diketahui PAS Pusat namun mungkin kesibukan menebabkan PAS Pusat tidak menjangkakan ia akan menjadi parah sebegini.
APA PERLU DILAKUKAN
DS Azizan mesti perkasakan kepimpinan dengan menjadikan Ulamak sebagai rujukan. Pandangan Dewan ulamak mesti diambil kira kerana pemerintahan PAS berbeza dengan UMNO kerana PAS memperjuangkan Kepimpinan Ulamak.
DS Azizan mesti mempunyai orang kuat di sekelilingnya yang boleh menjadi penasihat terutama di kalangan agamawan sebagai Setiausaha Politik atau yang lain agar dapat membantu melincinkan perjalanan pemerintahan beliau
DS Azizan perlu mengurangkan sifat 'cengei' dan baran kepada orang bawahan terutama pendokong PAS agar rasa kebersamaan untuk memperjuangkan PAS lahir dari keikhlasan pekeja pekeja PAS
Harapan
Oleh itu harapan yang sangat besar agar pimpinan di dalam semua sudut tidak mengabaikan masalah dalaman yang dianggap kecil namun bila besar boleh menjadi api yang membakar amanah rakyat memerintah Kedah.Kadangkala kita bijak membuat percaturan dengan musuh dan orang luar namun kita gagal dengan rakan dan organisasi dalaman. Ini semua punca tahap kegagalan komunikasi dan ego.
Tumpang masih ada masa untuk bertindak, isu 2 exco dah selsai, Cuma isu 5 pelajar digantung KUIN belum selesai.

6 Mac 2012 / 11.15 pm

Monday

STRATEGI ‘KAMIKAZE’ 2 EXCO KEDAH, SELAMATKAN KERAJAAN KEDAH

Saya terpanggil untuk menulis artikel ini apabila melihat masih ramai yang tidak memahami isu dan meletakkan kesalahan yang parah kepada Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail sedangkan isu telah selesai. Bukan tujuan saya untuk membesarkan isu supaya kita dapat melihat keunikan PAS yang berlapang dada dlam menyelesaikan maslaah dalaman.
Kemelut dalam  kepemimpinan PAS  Kedah berakhir  dengan pengumuman dua exco kerajaan negeri  Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh masing-masing menerima pelantikan semula jawatan exco Kerajaan Negeri selepas berpuas hati dengan penubuhan jawatankuasa Pengawal bagi mengawal selia pentadbiran negeri Kedah.
Krisis terjadi apabila Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail  enggan menerima lantikan semula exco jika DS Azizan masih menjadi Menteri Besar Kedah. Rentetan itu hanya 8 orang exco sahaja yang mengankat sumpah pada 28 Februari 2011 yang lalu.
Pasti kita dan ramai orang tidak mengetahui masalah dalaman Kerajaan Kedah yang diibaratkan sangat ‘kritikal’ . Krisis kepimpinan DS Ustaz Azizan yang banyak membelakangkan prinsip Pakatan Rakyat menjadi punca utama kenapa Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail  mengambil sikap untuk melakukan ‘kamikaze’ politik untuk menegur DS Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah walaupun dicemuh ramai pihak.
Mungkin kita tertanya-tanya apakah isu dan perbalahan kritikal yang sedang berlaku di dalam Kerajaan Negeri Kedah.  Apa yang kita tahu hanya sebahagian kecil sahaja masalah kritikal seperti DS melantik   CEO anak syarikat milik Kerajaan Kedah di kalangan UMNO yang banyak mengambil kesempatan kurapsi kewangan, memberikan projek bernilai 1 billion kepada ‘individu’ UMNO secara runding terus, Mengakui untuk menguna pakai Akta AUKU dalam kes 5 orang mahasiswa KUIN yang digantung, isu balak dan lain-lain. Ini hanya sebahagian yang kita ketahui mengenai kemelut dalaman menerusi saluran blogger dan maklumat dalaman.
Sebenarnya jika ingin didedahkan  banyak lagi masalah dalaman yang agak keterlaluan jika saya katakana tak layak berlaku di bawah sebuah pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat, yang hanya sesuai saya ibaratkan dengan kesalahan ‘kritikal’. Hal ini disedari oleh Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail serta exco yang lain. Bahkan ramai orang tahu tetapi tak berani menyatakan dan menegur DS Azizan kerana mengetahui kegarangan dan ke’cengei’an DS Azizan. Jika didedahkan kemelut dalaman ini mungkin Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah boleh ditumbangkan BN dengan hanya menggunakan isu kelemahan pentadiran ini. Jika dibiarkan sahaja kerana terlampau nak jaga nama Kerajaan, ia akan menjadi barah yang tunggu masa sahaja untuk meragut nyawa Kerajaan Pakatan Rakyat.
Bagi Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail , diluah mati mayah, ditelan mati emak, maka tidak ada pilihan lain melainkan ‘kamikaze’ bagi memulihkan masalah dalaman perlu dilakukan.Mereka perlu berkorban hingga terpalit  kekotoran nama semata-mata ingin menyelamatkan Kerajaan Kedah
Pendedahan secara beradab mengenai masalah dalaman yang sangat ‘kritikal’ telah dibentangkan dan diterangkan dengan terperinci  dan disertakan dengan hujahan dan bukti ketika pertemuan tertutup bersama YB Salehuddin Ayub, Naib Presiden PAS yang menjadi wakil PAS  Pusat menyelesaikan  isu ini. Oleh sebab itulah kawalan keselamatan dikawal ketat pada malam terbabit, media tidak dibenarkan berada berdekatan dengan tempat perbincangan, sebarang alat rakaman dan elektronik tidak dibenarkan termasuk telefon bimbit, MP3 dan lain-lain. Ini adalah bagi memastikan kesalahan ‘kritikal’ yang telah dilakukan DS Azizan  dapat didedahkan secara telus berdasarkan bukti  kepada pimpinan PAS Pusat, supaya semua maklumat ini tidak jatuh di tangan musuh (BN) dan difahami dengan jelas oleh PAS Pusat kenapa Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail mengambil tindakan enggan dilantik semula exco.
Jikalah memang niat Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail nak jatuhkan Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan DS Azizan , mereka boleh dedahkan kepada media dan awam semua kesalahan ‘kritikal’ yang dilakukan DS Azizan agar umum dan rakyat mengetahui kenapa mereka bertindak demikian rupa dan nama mereka dapat dibersihkan, namun tindakan mendedahkan kesalahan DS Azizan ibarat membuka pekung di dada. Mereka sanggup menerima kutukan dan kritikan daripada seluruh lapisan masyarakat seolah-olah mereka gilakan kuasa dan tamak jawatan. Benarlah kata-kata hukamak, perjuangan dan kebenaran tidak dapat diserlahkan melainkan perlu ada yang terkorban dalam perjuangan. Mereka terkorban dengan kutukan masyarakat seolah-olah gilakan jawatan sebaliknya apa yang mereka mahu Kerajaan Kedah mesti diselamatkan.
Oleh kerana itu apabila ditanya oleh wartawan ketika sidang media , belia menjawab "Matlamat saya sudah tercapai, saya akan sertai semula exco," kata Phahrolrazi.

Katanya, dengan penubuhan jawatankuasa pemandu, sekurang-kurangnya kuasa Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak tidak dominan sehingga tidak boleh dipersoal.

"Dengan penubuhan Jawatankuasa Pemandu, ini bermakna akan ada pihak yang memantau pentadbiran negeri," kata beliau lagi.

Dr ismail yang jarang-jarang bersuara juga seia senada dengan Datuk Phahrolrazi Zawawi apabila dihubungi Malaysiakini, Dr Ismail berkata, beliau tidak akan menerima lantikan semula jawatannya selagi tiada penambahbaikkan dalam 'pentadbiran' negeri pimpinan Datuk Seri Azizan Razak.

Katanya, perubahan perlu dilakukan memandangkan pelbagai masalah-masalah dalaman yang telah timbul.
"Jika perubahan tidak ada, saya tidak akan terima (jawatan exco). Perubahan mesti dilakukan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

"Saya nak perubahan tertentu dalam pentadbiran negeri. Saya juga mahu (PAS) Pusat ambil perhatian terhadap masalah yang kami hadapi.

"Dah lama benda ini kami sebut tapi tidak buat apa-apa. Jadi kami ini seolah-olah 'kamikaze' untuk perkara ke arah kebaikan."
"Kami tidak ada niat lain melainkan untuk kepentingan jamaah.
“Kami bukan nak jadi Hasan Ali. Tok Guru Haji Hadi  tok guru kami, ustaz kami. Kami hormati mereka," katanya.
Dalam banyak situasi semua keputusan dan strategi yang dilakukan Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail bukan hanya keputusan peribadi mereka , bahkan dipandu oleh Dewan Ulamak PAS Kedah yang ibrarat isi dan kuku sentiasa membimbing tindakan mereka.
Di mana sahaja ada kenyataan media, disitu ada bersama mereka Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah beserta AJK Dewan Ulamak PAS Kedah. Ini menggambarkan tindakan yang bukan dipandu dengan hawa nafsu.
Oleh itu saya menyeru semua pihak agar membetulkan persepsi agar tidak melihat tidakan yang dibuat oleh Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail adalah disebabkan gila jawatan dan hendak meruntuhkan Kerajaan Kedah yang sudah lama diperjuangkan sehingga Pakatan rakyat berjaya memerintah Kedah.
Sekarang ayuh kita tumpukan usaha untuk tumbangkan BN dan berjaya menawan Putrajaya, seterusnya menegakkan Islam di Malaysia.
06 03 2012

ORANG KEDAH NAFI HUKUM DARI AL QURAN


Kadang-kadang kita bangga dengan anak Kedah Tun Dr. Mahathir Mohamad di atas kejayaannya mengemudi Malaysia, kadang-kadang anak Kedah ni buat spoil ja apabila belia di Konvensyen Kebangsaan Politik dan Patriotisme di Universiti Malaysia Sarawak [UNIMAS] pada 26 Feb 2012  membuat  kenyataan sensitif yang boleh disifatkan sebagai terpesong dari ajaran Islam.
Tun Dr Mahathir membuat kenyataan terbuka menyifatkan golongan yang  memperjuangkan hukum hudud bukan dari hukum Islam sebenar tetapi hukum ciptaan manusia.
Tidakkah Tun sedar bahawa apa yang diucapkannya itu adalah jauh terpesong daripada ajaran ahli sunnah wal jama’ah
Tidakkah Tun takut dengan kenyataan yang dikeluarkan itu boleh merosakkan aqidah
Jika Tun dengan sengaja mengingkari hokum yang secara terang terdapat di dalam al Quran, aqidah tun boleh terkeluar dari Islam (wal i’yazubillah)
dInyatakan di bawah ini bukti bahawa hukum-hukum yang dinafikan Tun adalah secara terang disebut di dalam al Quran ;

a] Kesalahan Zina (persetubuhan tanpa nikah yang sah) disebut dalam surah an Nuur ayat 2.

b] Kesalahan  memberontak (bughah) disebut di dalam surah al Hujurat ayat 9. 

c] Kesalahan Qazaf (menuduh orang berzina) disebut dalam surah An Nuur ayat 4.

d] Kesalahan Mencuri. disebut dalam surah al Maaidah ayat 38.

e] Kesalahan Merompak. disebutkan dalam surah al Maaidah ayat 33 dan 34

f] Kesalahan Murtad. Hukumannya disebut dalam hadis Nabi saw yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari riwayat Ibnu Abbas rha. Bermaksud “sisiapa yang menukar agamanya hendaklah dibunuh”

g] Kesalahan Minum arak atau yang memabukkan. disebut dalam hadis nabi saw yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari riwayat Saidina

جلد رسول الله صلى الله عليه وسلم أربعين و أبو بكر أربعين و عمر ثمانين و كل سنة و هذا أحب إليَّ

TAHNIAH PADA SEMUA, ISU PAS KEDAH SELESAI, 2 EXCO TERIMA LANTIKAN, TUBUH J/K PEMANTAU

Syukur Alhamdulillah semua berjalan lancar, hasilnya dua exco kerajaan Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh hari ini menerima pelantikan sebagai exco kerajaan negeri selepas berpuas hati dengan penubuhan jawatankuasa bagi mengawal selia pentadbirannya.

Menurut   Datuk Phahrolrazi Zawawi  matlamatnya sudah tercapai bagai mewujudkan kawalan kuasa kepada DS Azizan dengan wjudnya Jawatankuasa pemantau.

Semoga kita dapat memahami kenapa kedua-dua orang exco mengambil tindakan demikian bukan kerana gilakan pangkat dan jawatan bahkan lebih bersifat 'kamikaze' menyelesaikan kemelut dalaman yang kritikal.

Semua ahli PAS yang mungkin kurang memahami isu disarankan marilah kita bermaaf maafan jika pernah mengeluarkan kata kata yang kesat terutama kepada kedua dua exco. Halatuju kita selepas ini hanyalah satu iaitu menuju ke Putrajaya dan menumbangkan BN pada PRU ke 13.

Inilah harmoninya demokrasi dalam Pakatan Rakyat , saling berlapang dada demi keadilan dan kesejahteraan bersama.

DR ISMAIL TEGAS DENGAN PRINSIP : TIDAK PEGANG EXCO JIKA TIADA PERUBAHAN

Selepas PAS Pusat membuat kenyataan keputusan hasil perbincangan pada beberapa hari yang lalu, Dr Ismail yang banyak mengambil pendekatan tidak bersuara dan mengeluarkan kenyataan media tampil membuat kenyataan yang tegas dan berani.

Menurut Malaysiakini, Exco kerajaan negeri Kedah Datuk Dr Ismail Salleh berkata, beliau tidak akan menerima lantikan semula jawatannya selagi tiada penambahbaikkan dalam 'pentadbiran' negeri pimpinan Datuk Seri Azizan Razak

"Dah lama benda ini kami sebut tapi tidak buat apa-apa. Jadi kami ini seolah-olah 'kamikaze' untuk perkara ke arah kebaikan."

Dr Ismail nampak tegas dan berani apabila ditanya sama ada DS Azizan perlu meletakkan jawatan, Ismail berkata, terpulang kepada kepimpinan Pusat PAS untuk membuat keputusan.

"Kami sudah beritahu apa yang kami tidak puas hati. Bergantung pada Pusat untuk menilai. Kalau perlu (letak jawatan), buat. Pusat lebih layak buat keputusan," katanya.
Dr Ismail menegaskan bahawa tindakan beliau dan Dato Pahahrolrazi bukan kerana gilakan jawatan tetapi masalah kritikal yang berlaku dalam pentadbiran Kedah.

Dr Ismail menjelaskan, apa yang dilakukannya ini bukanlah sebagai tanda kecewa terhadap parti tetapi demi kebaikan.

"Saya harap orang faham apa yang saya buat. Ada orang yang marah dengan tindakan saya ini. Saya anggap mereka tak faham. Bila tak faham, mereka marah.

"Saya bukan kecewa dan saya bukan kejar jawatan. Apa yang saya nak ialah perubahan ke arah lebih baik. Untuk perubahan yang baik itu payah dan yang susah itu kami pilih.

Sunday

DS MENTERI BESAR MASUK HOSPITAL

Dalam kekalutan isu dalaman PAS Kedah , saya menerima dari sumber bahawa DS Ustaz Azizan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar atas sebab kesihatan pada tengahari tadi. Tidak dipastikan apakah komplikasi yang berlaku kepada beliau. namun DS Ustaz Azizan pernah kali terakhir dimasukkan ke hospital pada Disember tahun lalu.

Faktor tekanan dan isu ini berkemungkinan memberi kesan kepada DS Ustaz Azizan namun apa pun kita mendoakan beliau diberikan kesihatan yang baik.

AZIZAN KEKAL, PHAHROLRAZI DAN ISMAIL TERIMA EXCO : BELUM MUKTAMAD?


Seperti yang dijangka pengumuman yang dibuat oleh Jawatankuasa PAS pusat sesuatu yang dijangkakan..  Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh diminta untuk menerima semula jawatan exco manakala DS Azizan kekal sebagai MB Kedah.

Setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, isu tersebut diputuskan demikian dalam mesyuarat khas di antara pemimpin berkenaan Sabtu lalu, termasuk bersama pesuruhjaya negeri itu, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
"Kita telah memaklumkan keputusan tersebut secara lisan dan saya yakin kedua-dua mereka menerima keputusan tersebut.

"Buat masa sekarang tidak ada sebarang andaian negatif dilakukan terhadap keengganan mereka menerima keputusan tersebut," ujarnya.

Namun adakah ini beerti penyelesaian sudah berlaku dan isu ini diselesaikan dengan mengambil kira asas akar umbi masalah yang berlaku, atau hanya melihat kepada kelemahan PAS Kedah yang perlu ditutup hanya kerana PRu 13 hampir tiba. bagaimana dengan penyelesaian terhadap kelemhan ?

Jawapan ini mungkin akan terjawab pada petang ini selepas asar kerana menurut sumber satu sidang media akan diadakan di kediaman Datuk Phahrolrazi Zawawi. Perlu diingat Datuk Phahrolrazi Zawawi adalah seorang yang tegas dengan pendirian. Datuk Phahrolrazi Zawawi tidak akan mengeluarkan kenyataan melainkan setelah berbincang dan bersetuju dengan rakan-rakannya di kalangan pimpinan tertinggi Dewan Ulamak PAS Kedah.

Kita tunggu sahaja kenyataan balas , respon Datuk Phahrolrazi Zawawi terhadap keputusan Pas Pusat pada petang ini.? Apa pun yang berlaku semua mahukan kebaikan kepada Kerajaan Kedah. 

Kemelut selesai : Phakhrorazi Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru?

Pertelagahan pendapat di antara Phakhrorazi Zawawi dengan Azizan Razak yang sangat ‘kritikal’ masih menjadi bualan dan tekaan namun  sejauh mana ianya sudah diselesaikan.


Dalam laporan Harakahdaily, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang dihubungi berkata, perbicangan tersebut telah mencapai keputusan sebulat suara dan telah mengambil kira pelbagai pandangan yang dibincang. Ia dianggap selesai setelah perbincangan hampir 5 jam berlangsung.

Sedar atau tidak kekuatan  Phakhrorazi Zawawi ialah Dewan Ulamak PAS Kedah bersama dengan beliau. Setiap keputusan yang diberikannya adalah dirujuk kepada Dewan Ulamak PAS Kedah, ia bukan semata mata keputusan peribadi beliau. Apa apa pun terjadi Phakhrorazi Zawawi akan merujuk kepada Dewan Ulamak PAS Kedah. Itulah maksud beliau akan merujuk kepada kawan-kawan sama ada hendak terima exco berdasarkan perbincangan pada malam semalam. Ini yang membimbangkan dan membingungkan PAS pusat sehingga terpaksa menunda pengumuman yang sepatutnya diumum pada tengahari ini tadi kepada esok (Isnin) di Pejabat Agong PAS pusat.

Phakhrorazi Zawawi mungkin boleh menerima permintaan PAS Pusat untuk beliau menerima kembali jawatan exco dengan syarat DS Azizan tidak lagi menjadi MB Kedah atau sekurang-kurang nya bagi menjaga pakatan rakyat DS Azizan tidak akan bertanding pada pilihanraya yang akan datang (PRU 13).

Namun jika DS Azizan masih memegang jawatan MB Kedah , salah laku terhadap etika PAS mungkin akan berlarutan. Semua orang Kedah kenal perangai DS Azizan yang prongos tak tentu pasai. Beliau buat keputusan hanya guna pendapatnya sahaja, walaupun syura dan majority menolak keputusan tersebut.

Phakhrorazi Zawawi mungkin boleh menerima kenyataan beliau kembali menerima jawatan exco Kedah dengan berada di dalam kabinet  DS Azizan namun jawatan Pesuruhjaya mesti diberikan oleh PAS Pusat kepasa beliau , bukan atas dasar gila jawatan namun atas dasar pengawal kepada tindak tanduk DS Azizan yang mesti melaksanakan agenda pentadbiran Kedah yang  selari dengan kehendak parti , bukan kepentingan beliau tanpa menggunakan kaedah syura.

Persoalannya adakah PAS Pusat akan membuat keputusan untuk memberikan jawatan Pesuruhjaya PAS Kedah kepada Phakhrorazi Zawawi dan mengekalkan jawatan MB Kedah kepada DS Azizan serta Phakhrorazi Zawawi perlu akur untuk menerima jawatan exco ?

Kita tunggu dan lihat keputusan menggemparkan pada esok pagi (Isnin jam 11 pagi)

6 Sebab kenapa Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi bertegas untuk tidak bersama kabinet DS Azizan

Mungkin ramai tak sedar kenapa Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi terlampau berkeras untuk tidak mengangkat sumpah dalam penggal baru melengkapkan kabinet DS Azizan. Takkan lah kot beliau tak tahu tentang bahaya pada PRU 13. Tetapi pertelingkahan yang berlaku adalah sangat kritikal, bukan soal cabang dan masalah remeh. Antara yang saya boleh kongsikan hanya 6 :

1.Tidak mengamalkan dasar PAS di dalam pentadbiran negeri dengan mengenepikan peranan exco-exco lain.

2. Sikap DS Azizan yang tersangat cengei dan prongos (panas baran) terhadap orang bawahan (PAS) tetapi sangatmesra dan lembut dengan orang UMNO.

3. Seorang yang memainkan peranan, iaitu Sanusi (SETPOL MB KEDAH) yang memunyai hubungan rapat denga tokeh-tokeh balak yang amat meragukan konsep bersih dalam pentadbiran PAS.

4. Projek bila nak bagi dekat orang lain terpaksa melalui tender tetapi projek 1 billon diberikan kepada 'orang kuat UMNO'  secara runding terus.

5. Dasar berbaik-baik dengan UMNO dan pimpinan UMNO boleh mencalarkan imej PAS. Tak hairanlah kenapa UMNO tidak serang Kedah sebab UMNO dapat apa yang mereka mahukan.

6.Mentadbir ala Autokrasi dan Veto hingga menafikan hak dan pandangan exco-exco lain dalam mesyuarat seperti kes yang berlaku di Batu 9 yang taknampak sikap dan akhlak sebagai MB .

Ini sebahagian daripada perkara yang amat keterlaluan "kritikal" yang bertembung dengan Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi .

Saya masih teringat dalam usroh alam UNiversiti dahulu, Naqib tarbiah kampus pernah berkata " Jika kita berjuang tiba-tiba musuh puji kita, mesti ada sesuatu yang tidak kena" ...... "Jika kita berjuang dengan mudah dan senang maka kita kena muhasabah semula"

UMNO bukan senyap sahaja bahkan tunggu masa nak "NGAP" Kedah pada PRU 13.... Syabas Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi  yang berani bertindak mengikis barah parasit yang terdapat di dalam pentadbiran Kerajaan Kedah sekarang .