Welcome Message

HIJAU BULAT (mendepani kesejahteraan rakyat)

..Kehebatan Manusia Bergantung Sejauhmana Kita Hebat Dengan Allah...
twitter

Follow on Tweets

Saturday

KERAJAAN KEDAH PERLU TUKAR SEGERA GAMBAR PADA PAPAN TANDA PROJRK AMAN

.
Amat mengejutkan saya apabila saya menerima email yang membuat teguran kepada pihak Kerajaan negeri agar lebih peka dan sensitif terhadap pemerintahan sebuah Kerajaan yang berteraskan agama dan perjuangan Islam . Apa isunya yang sebenar? Selepas saya menerima isu ini, saya turun ke lapangan untuk menyiasat dan melihat kebenarannya, hasilnya.. mari ikuti ulasa saya berikut .

Semasa awal pemerintahan Kedah di bawah pakatan rakyat yang diterajui PAS kita rasa bangga kerana berlaku perubahan yang walaupun kecil tetapi ia adalah syiar pemerintahan Islam, iaitu banyak iklan gergasi pada papan tanda jalan dibuat dengan dimasukkan tulisan JAWI yang diabaikan UMNO Barisan Nasional. Inilah yang dibuat di Kelantan, walaupun nampak kecil tetapi melambangkan syariat. Iklan yang menjolok mata dan tidak menutup aurat dilarang di Kelantan. tahniah TG DS Nik Aziz .

Walaupun negeri Kedah masih baru dalam soal pemerintahan namun agak mengecewakan sudah ada bahkan banyak syarikat korporat membuat iklan di papan tanda besar di jalan di negeri Kedah memasukkan elemen syiar Islam (tulisan JAWI) namun kenapa iklan Kerajaan Negeri Kedah susah sangat nak tulis tulisan jawi. Adakah kontraktor atau designer di negeri Kedah dikontorl oleh UMNO, atau Kerajaan Kedah menganggap ia masalah kecik sahaja.

Terbaru isu gambar yang terpampang pada satu projek besar Kerajaan negeri iaitu Aman Central, sepatutnya walaupun projek sedang berjalan, janganlah terpengaruh dengan UMNO yang gilakan hiburan dalam setiap projek mereka. Saya melihat sendiri dan ramai boleh menjadi saksi gambar yang dipasang pada papan tanda projek langsung tak melambangkan ciri pemerintahan islam yang berbeza dengan UMNO. Terpampang gambar wanita dan lelaki bercampuran dan bergaulan bebas, gambar wanita dan lelaki sedang berkaraoke, couple, gambar hiburan. Jangan pandang remeh.

Tambah kecewa saya bertemu dengan seorang pimpinan tertinggi Kerajaan, saya telefon minta dibuat tindakan segera , beliau hanya kata ..... cikgu ...itu benda kecik sahaja , tok sah lah dok timbul isu dekat dengan pilihan raya ni.. kita kena tumpu pada PRU 13. Subhanallah, itukah jawapan pimpinan yang kita undi? Saya hanya minta ubah gambar bukan ubah Kerajaan. Takkanlah UMNO buat salah kita tegur  tapi PAS buat salah tak boleh tegur. Maksum sangatkah kita? Takkan nak tegur kemungkaran pun ada musimnya?. ooooo... musim pilihanraya tak boleh tegur pemimpin? PAS buat salah kecil jangan tegur atau jika UMNO buat salah kecil kena hentam?  Saya dah tegur ikut saluran pun salah... ini yang saya geram ni, sehingga saya terpaksa tulis dalam blog saya agar pimpinan Kedah sedar kita manusia bukan malaikat.. kita hamba bukan Tuhan..kita umat bukan nabi ...

Saya amat mengharapkan ada juga manusia yang dilantik menjadi pimpinan akan merubah keadaan yang saya maksudkan. Kepada pimpinan Kedah moga kasih sayang kita , keterbukaan, berlapang dada dan keadilan itu akan memberi keberkatan untuk kita terus memerintah Kedah pada penggal akan datang. Maaf jika kritikan ini agak pedas namun hanya untuk pastikan PAS terus memerintah Kedah. -end-

  agak remeh yang kita pan

PEMUDA PAS KEDAH TAK PANDAI BERPOLITIK

.
Dalam keadaan semua peringkat Pas Kedah mencari jalan penyelesaian yang berhikmah dalam isu DS Azizan dan 2 Exco, Pemuda Kedah tak habis-habis dengan sikap ala diktator mengusulkan agar ditukar Pesuruhjaya 1 dan 2.  Semasa krisis sedang memuncak Ketua Dewan Pemuda mengesorkan agar Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh dipecat kerana tidakan mereka mengkritik DS Azizan, sedangkan PAs Pusat berhempas pulas membuat perdamaian sebaliknya Pemuda Pas Kedah main batu api dalam menyelesaikan kemelut yang berlaku.

Baru-baru ini ketua Dewan Pemuda mengusulkan pula agar ditukar TPJ 1 dan 2 (Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh) .

Inikah kebijaksanaan politik yang dimiliki oleh orang muda Kedah. Tindakan keputusan Pemuda Pas  Kedah amat memalukan orang muda Kedah dan  gagl berfikir secara waras

Menurut sumber dalang kepada gerakan menjatuhkan  Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh adalah ditunjangi oleh salah seorang pimpinan tertinggi Dewan Pemuda Pas Kedah yang menjadi orang kanan DS Azizan di wisma Darul Aman. 'Orang tersebut' telah menggunakan kuasanya mempengaruhi exco pemuda Kedah.

Oleh kerana itu beberapa orang kuat Pemuda Kedah membuat kenyataan media di Sinar Harian bagi menyatakan usul tukar Timbalan Pesuruhjaya 1 dan 2 dengan menyembunyikan nama mereka daripada disiarkan. Persoalannya adakah ini sifat seorang pemuda yang dikatakan hero tetapi sebenarnya 'penakut'

Semua dakwaan Pemuda Pas kedah meleset apabila Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh dengan penuh profesional turun berkempen bersama-sama DS TG Hadi Awang dan DS Azizan semalam di UPU Kampuang Tualang Bukit Besar. Tahniah kepada Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh kerana berjiwa besar dan tidak pengecut dan penakut walaupun anda bukan Pemuda. 

Ayuhlah Pemuda Pas Kedah , jangan hanya taasub pemimpin, yang salah perlu ditegur bukan dipecat, yang lemah perlu dibimbing bukan dibuang, yang sakit perlu dirawat bukan dibiar.