Maaf kepada siswa perihatin kerana saya tak sempat nak respon mesej yang dihantar kerana kekangan masa dan kerja. setelah saya meneliti isu KUIN rupanya semakin parah. Saya tak pasti tentang isu masalah kewangan yang dikatakan kritikal di dlam pentadbiran KUIN. Tapi apa yang pasti ramai kawan saya yang berada dalam KUIN seiya sekata membenarkan apa yang dikatakan oleh ketua pembangkang Kedah (Tok Det) ketika sidang DUN baru-baru ini.
DS Azizan perlu turun padang pantau dan tidak hanya mengambil sikap percaya bulat-bulat pada kepimpinan KUIN yang nampak masyarakat umum dah hilang arah pentadbiran. Isu tonggakan bil rawatan panel klinik yang mencecah RM 60, 000.00 dari satu panel sahaja, belum masuk panel yang lain. Selain itu Tok Det juga timbulkan isu gaji yang sudah tidak di kontrol hingga ada yang mencecah gajinya RM 35,000.00, begitu juga isu bangunan bestari yang belum selesai selepas mendapat protes demo daripada mahasiswa dan pensyarah tahfiz..
Apa dah jadi pada KUIN ? Siapa yang perlu dikeluarkan dari KUIN? Jika sakit nya kurap atau kudis , mungkin boleh disapu ubat.tapi kini di KUIN bukan lagi dah penyakit kulit, tetapi penyakit barah yang perlu dikerat bahagian yangsakit sebelum ia merebak ke tempat lain. Mungkin itulah perumpamaan yang selayaknya kita katakan pasa kes KUIN. Bersama ini saya lampirkan artikel dari adik adik ku di KUIN yang merasa tertindas :
BENARKAH SEKOLAH INSAN BESTARI BEROPERASI SECARA HARAM?
Semalam saya ada menerima email dan mesej di FB yang mengirim surat daripada Kementerian yang melarang Sekolah Bestary menjalankan operasi selagi tidak mendapat kelulusan dan keizinan daripada Kementerian Pelajaran Bahagian Swasta.Surat tersebut yang bertarikh Mac 2012 menandakan masih baru , bukan surat lama. Persoalan di sini, adakah ini menunjukkan Sekolah yang di bina dengan mendapat bantahan pelajar bahkan mezalimi dan menidakkan hak mahasiswa tahfiz khususnya itu beroperasi selama ini secra haram ?
Skuad prihatin enggan mengulas lanjut kerana ingin menumpukan kepada peperiksaaan yang hanya seminggu atau dua minggu sahaja lagi akan tamat. Namun mesej dan email ini membuka mata masyarakat terhadap nilai kebenaran dan aspek penipuan yang sudah lama wujud.
Untuk rekod, mahasiswa KUIN mengadakan demonstrasi pada 1 April 2011 kerana membantah operasi Sekolah Insan Bestari yang mengambil tapak dan bangunan tahfiz hingga 5 orang mahasiswa KUIN telah di gantung pengajian.
Ini bukan soal parti Islam atau sekular.
Ini buka soal politik hijau atau politik biru
Ini bukan soal dekat dengan pilihanraya
Tetapi ini adalah prinsip mahasiswa .
Jika mahasiswa sanggup digantung kerana menegakkan kebenaran.....
Jika mahasiswa sanggup berkhemah di dataran merdeka tuntut PTPTN
Jika mahasiswa sanggup bermandikan water canon BERSIH 1, 2.0 dan 3.0......
Mahasiswa juga tidak gentar dengan slogan menakut-nakutkan mahasiswa di KUIN yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.
sumber : blog mahasiswaprihatin