Welcome Message

HIJAU BULAT (mendepani kesejahteraan rakyat)

..Kehebatan Manusia Bergantung Sejauhmana Kita Hebat Dengan Allah...
twitter

Follow on Tweets

Friday

Lebih 50,000 banjiri Himpunan Hijau ke Putrajaya


Seolah-olah seperti mahu menandingi kehadiran besar di majlis ulangtahun ke-66 Umno di Bukit Jalil Stadium baru-baru ini, PAS berjaya menarik lebih 50,000 penyokongnya yang membanjiri perhimpunan parti itu malam tadi yang dikenali sebagai 'Himpunan Hijau ke Putrajaya'.

NONESemangat di kalangan hadirin begitu tinggi sekali seolah-olah Pakatan Rakyat baru sahaja memenangi pilihan raya umum ke-13, yang dijangka dipanggil pada bulan Jun atau tahun depan.

Gema laungan 'Takbir' berkemundang ke udara ketika para penyokong masuk membanjiri padang perhimpunan tersebut, manakala yang lainnya berpusu-pusu di luar Stadium yang hanya mampu menampung sehingga 35,000 orang.

Bermula dari jam 9 malam, Stadium Darul Aman dibanjiri lautan hijau apabila sebahagian besar hadirin memakai kemeja-T, Baju Melayu atau baju kurung warna tersebut sebagai tanda sokongan kepada perjuangan kumpulan alam sekitar, Himpunan Hijau.

NONEMereka mengibarkan bendera parti tanpa henti-henti, melaung dan bertepuk gemuruh setiap kali penceramah membuat kenyataan yang menarik.

Antara penceramahnya ialah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS  Mohamed Sabu, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar, dan Pesuruhjaya PAS Negeri yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

PAS ikrar komitmen ke Putrajaya

Kemuncak acara tersebut ialah kemasukan beberapa personaliti terkemuka menyertai PAS - dua orang selebriti, enam pemain bola sepak, termasuk beberapa pemain kebangsaan, dan seorang profesor - Nik Mohd Zain Nik Yusuf.
Artis wanita, Wan Aishah Wan Ariffin, menitiskan air mata ketika menyampaikan ucapan penuh emosi apabila memberitahu hadirin bahawa dia baru sahaja menyertai parti Islam itu.

"Tetapi jangan lupakan kami apabila tiba di Putrajaya," katanya.

Tetapi kemuncak pada malam tadi mestilah kemunculan Pengerusi Bersama BERSIH dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said di majlis itu, di mana hadirin begitu teruja dengan deklamasi puisi untuk pemuda yang menurutnya akan akan memimpin jalan ke Putrajaya.

Ia diikuti dengan ikrar oleh ahli PAS untuk terus kukuh dan teguh dalam perjuangan mereka.  Ikrar tersebut dibacakan oleh Setiausaha Agung parti itu, Datuk Mustafa Ali.

'PAS tidak sendirian ke Putrajaya'

NONESementara itu, kehadirin pada malam tadi adalah dua kali ganda daripada sebelah pagi dan petang tadi apabila PAS mengadakan sesi berasingan dengan penyokongnya - pada waktu pagi di ibupejabat parti itu di Kota Sarang Semut, dan pada waktu petang di stadium yang sama dengan Pemuda PAS.

Ribuan anggota Pemuda hadir pada kira-kira jam 4 petang walaupun dalam keadaan menempuh hujan lebat dan ribut petir untuk mendengar ucapan pemimpin mereka termasuk Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasharuddin Tantawi.

Apabila masuk waktu Asar, orang ramai bersolat di atas padang walaupun hujan.

NONEKemudian parti itu melancarkan maskot - animasi dua watak yang bernama 'Hadi dan Huda'- sebagai simbol Muslim yang baik.

Mengenai tema perhimpunan itu - Himpunan Hijau ke Putrajaya - Mahfuz selaku ketua jawatankuasa penganjurnya, memberitahu sidang akhbar di akhir acara itu bahawa ia tidak bermakna PAS menuju ke pusat pentadbiran negara itu secara sendirian.

Menurutnya, rakan-rakan gabungan perlu bekerjasama dan PAS akan menyumbang dalam apa cara yang boleh untuk mencapai matlamat bersama itu.

sumber: malaysiakini

Himpunan Hijau “Semarak Perjuangan Serlah Keyakinan”

Himpunan Hijau  adalah ijtimak terbesar PAS bagi menggarap gelombang mujahadah seluruh ahli dan jentera parti bagi memperkasakan persiapan menghadapi PRU ke 13.
Himpunan bagi menggantikan muktamar PAS Pusat yang ditangguh ini akan menyerlahkan satu penyataan persediaan jentera parti di semua peringkat.
Himpunan ini akan diadakan dalam suasana semua pihak menggembleng tenaga dan sokongan bagi meningkatkan keyakinan rakyat terhadap parti yang bakal menerajui negara.
Himpunan ini juga satu medan mendekatkan diri sebagai makhluk Allah dengan rayuan, bermunajat dan menghambakan diri kepada Allah agar kemenangan Islam dapat dicapai dalam PRU ke 13.

Munajat kali ini adalah untuk agama, bukan bagi mencapai kepentingan diri dan peribadi. Munajat yang dapat diambil iktibar dari apa yang dipohon oleh Rasulullah dan para sahabat:
Al-Baqarah: 250
"Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir."
Himpunan atau ijtimak ini mampu menyerlah model himpunan paling baik untuk dinilai oleh rakyat. Rakyat boleh bandingkan dengan Himpunan Sejuta Belia yang dicemari dengan pelbagai perkara tidak senonoh, malah mengakibatkan kemalangan dan kecederaan akibat keghairahan manusia bagi menterjemahkan keegoan dan kesombongan.
Himpunan Hijau ini merupakan himpunan bagi rakyat membanding, meneliti, menilai dan membuat keputusan antara dua himpunan anjuran Umno dan PAS.
Himpunan Hijau ini tidak disediakan pengangkutan, tiada duit poket, tiada penyediaan tempat tinggal - semuanya atas keringat usaha peserta sendiri bagi menterjemahkan kewajipan kita kepada jamaah, pengorbanan kita bagi mendaulatkan Islam.
Majlis ini tidak dihidang dengan konsert, perlumbaan kereta, artis berpakaian menjolok mata, tiada tarian dan nyanyian, yang ada adalah tangisan takut akan azab Allah, merayu pertolongan Allah bagi memelihara agama dan umat ini.
Himpunan yang jauh dari elemen maksiat dan kemungkaran ini akan menyerlahkan ketinggian akhlak para pekerja parti dan penyokong serta dipenuhi dengan perkara yang bermanfaat kepada semua yang mengikutinya di sana dan juga siaran langsung di dalam pelbagai saluran media baru.
Himpunan Hijau terdiri dari pelbagai acara, bermula dengan mesyuarat khas pimpinan parti, taklimat tertutup kepada pimpinan seluruh negara, kuliah dan santai bersama Ustaz Azhar Idrus, disusuli dengan kuliah maghrib yang akan dipimpin oleh Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
31 Mei 2012

MUZAKARAH PAS UMNO : NANTI DULU , KATA PRESIDEN PAS


ALOR SETAR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS bersedia untuk berdialog dengan mana-mana kumpulan Islam yang menjadikan al-Quran, Hadis, Ijma' dan Qias sebagai sumber perjuangan.

Bagaimanapun, kepada kumpulan yang mengaku Islam tetapi tidak menjadikan al-Quran dan hadis sebagai panduan perjuangan, beliau secara sinis berkata 'tunggu dulu'.

"Saya ulangi PAS sedia berdialog dengan kumpulan Islam yang menjadikan al Quran, Hadis, Ijma' dan qias sebagai rujukan.

"Kumpulan yang mengaku Islam, tapi tidak jadikan al Quran, Hadis, ijma' dan qias sebagai rujukan, tunggu dulu. Lebih-lebih lagi yang sudah berkuasa lebih 50 tahun," katanya disambut laungan takbir hadirin.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat presiden di dewan Datuk Fadzil Noor Kompleks PAS Kedah sempena Himpunan Hijau Menuju Putrajaya hari ini.

Menurutnya, Umno walaupun sudah 50 tahun memegang tampuk kepimpinan, masih lagi gagal untuk menjelaskan Islam sebenar kepada rakyat kerana dasarnya yang mengambil fahaman kebangsaan.

Beliau mengulas polemik yang dimainkan Umno berhubung dialog kedua-dua parti itu yang ditimbulkan semula sejak beberapa minggu lalu.

Berucap di hadapan kira-kira 2,000 pemimpin PAS dari pelbagai peringkat, beliau juga memberitahu, PAS bersedia menggantikan Umno menjadi parti teras Melayu Islam dan pada masa sama tidak mengabaikan kaum lain.

Malah katanya, konsep negara berkebajikan yang ditawar PAS mampu memberi keadilan bukan sahaja kepada manusia pelbagai kaum malah juga kepada alam sekitar.

"Wawasan kita berbeza dengan wawasan 2020, wawasan kita dari dunia hingga ke akhirat.

"Sebab itu negara berkebajikan PAS sangat digeruni Umno kerana ia akan memberi keadilan kepada semua," katanya.

Sementara itu, semua pimpinan PAS dari Ahli Majlis Syura sehingga pimpinan parti peringkat kawasan hadir dalam program tertutup amanat khas presiden pagi ini.

Selepas program ini, program Xpresi Anak Muda dan Himpunan Hijau Ke Putrajaya akan berlangsung di Stadium Darul Aman dari jam 4 petang hingga 12 malam ini.