Welcome Message

HIJAU BULAT (mendepani kesejahteraan rakyat)

..Kehebatan Manusia Bergantung Sejauhmana Kita Hebat Dengan Allah...
twitter

Follow on Tweets

Saturday

KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH KENA SAMAN LAGI, KALI INI 3 JUTA



Kadang-kadang saya tergerak hati menyatakan agak benar apa yang disuarakan oleh mahasiswa KUIN dalam blog mereka mahasiswaprihatin.blogspot.com yang sentiasa berdoa kerana mereka mendakwa mereka banyak dianiaya KUIN.
En Shiak Faisol pemilik Shake Cuisine Sdn Bhd

Lepas satu, satu masalah menimpa KUIN yang menjadi permata dakapan DS Azizan. Tak habis lagi dengan KUIN disaman oleh 5 mahasiswa yangdikenakan hukuman zalim ala AUKU dimahkamah tinggi KL, kini KUIN terpaksa berhadapan dengan tindakan mahkamah yang baru.

Isu KUIN melanggar perjanjian kontrak dengan sebuah syarikat yang telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan penginapan pelajar KUIN di Sungai Petani. Menurut Sumber pemilik syarikat tersebut telah memfailkan saman terhadap KUIN bernilai RM 3 juta di Mahkamah Tinggi Alor Setar melalui Tetuan Razif Jamil and Partners .

Tarikh sebutan Kes 9 April di Mahkamah Tinggi Alor Setar
Menurut sumber, pemilik syarikat Shake Cuisine Sdn Bhd  yang bedaftar di Kelab Laguna Merbok, Persiaran Merbok 08000, Sungai Petani Kedah , En. Shiak Faisol berkata perjanjian yang dipersetujui adalah selama 3 tahun bermula Januari 2009 hinggi Disember 2011 untuk menyediakan perkhidmatan asrama dan pengankutan kepada seramai 300 orang pelajar Kolej Universiti Insaniah Sungai Petani dengan kadar RM200.00 untuk setiap pelajar.

Tambah beliau lagi, jumlah keseluruhan dalam perjanjian tersebut adalah bernilai RM 2,160,000.00 berdasarkan RM 200 per/pelajar x 300 orang x 36 bulan ( enam semester pengajian). Cuma sehingga kini KUIN hanya membuat bayaran untuk satu semester sahaja sebanyak RM 360,000.00 bagi enam bulan pertama dan disusuli pembayaran seterusnya sebanyak RM 176,800.00, selepas daripada itu baki 5 semester, KUIN tidak lagi membuat pembayaran seperti di dalam kontrak.

KUIN kampus Sungai Petani
Shiak Faisol pernah bertemu dengan DS Azizan untuk menyelesaikan isu ini. Namun DS Azizan enggan mengulas lanjut sebaliknya menyuruh beliau bertemu sendiri dengan pihak KUIN dan selepas berbincang dengan KUIN , KUIN hanya suruh tunggu sehingga mesyuarat KUIN akan memanggil beliau .Setelah 5 bulan punya tunggu, tiada sebarang jawapan dan tindakan daripada pihak KUIN. Beliau berkata , tiada pilihan lain bagi menuntut haknya yang teraniaya dengan pengurusan KUIN, beliau terpaksa mengambil tindakan mengikut saluran yang dibearkan undang-undang Malaysia (mahkamah) hanya untuk mendapatkan balik haknya, bukan dengan tujuan lain.

Nantikan terjahan saya terhadap respon pengurusan KUIN, staf KUIN dan dari pejabat MB dalam artikel saya seterusnya.

Kesimpulannya apa dah jadi dengan KUIN…. Saya dapat banyak maklumat yang dikirimkan pada saya mengenai salah guna kuasa dan sebagainya… DS Azizan dan Kerajaan Negeri Kedah kena buat sesuatu atau kena buang barah yang sedang merebak di dalam KUIN.

1 April 2012



Tuesday

JIKA MAT SABU SOKONG 5 PELAJAR KUIN YANG DIGANTUNG KUIN, MESTI ADA SESUATU YANG TAK KENA DENGAN PENTADBIRAN KUIN


Timbalan Presiden PAS Mat Sabu Beri sokongan Padu kepada 5 OKT KUIN


27 MAC - Skuad mahasiswa prihatin terus mengorak langkah memberi sokongan material dan moral kepada 5 OKT yang telah dinafikan hak mereka oleh KUIN bahkan dikenakan tindakan yang tidak bertamadun dengan bersama – sama menghadirkan diri pada perbicaraan 5 OKT bertempat di Mahkamah Tinggi Jalan Duta Kuala Lumpur. Skuad mahasiswa prihatin menyediakan sebuah bas membawa pendokong suara mahasiswa selain orang perseorangan yang turut hadir pada perbicaraan tersebut.

Timbalan Presiden PAS sokong mahasiswa di Mahkamah
Beberapa peristiwa menarik berlaku sepanjang hari ketika perbicaraan yang memberikan semangat perjuangan tinggi kepada skuad prihatin dan 5 OKT ialah :
1. Kehadiran Timbalan Presiden PAS Pusat , Mohd Sabu yang juga memberikan semangat kepada kami dalam memperjuangkan hak mahasiswa. 
2.   Mohd Sabu juga memberikan sumbangan berbentuk wang kepada mahasiswa prihatin. 
3. Sokongan bukan sahaja daripada mahasiswa KUIN bahkan daripada Lembah Kelang seperti UKM (UKM Four), Presiden Suaram, 
4.  Seorang bangsa Cina dari USM yang datang memberikan semangat ‘good luck’ kepada 5 OKT dan skuad prihatin
Mohd Sabu bergambar diluar kamar mahkamah persidangan
bersama skuad mahasiswa prihatin KUIN
5. Kehadiran wartawan yang prihatin dengan isu KUIN 5 antaranya Sinar Harian  

Perbicaraan yang diadili oeh Hakim Abang Iskandar Abang Hashim telah  mendengar hujahan pihak pembelaan, yang dibentangkan menerusi peguam Azhana Mohd Khairudin sementara Kuin diwakili oleh peguam Karpal Singh. Kalau Karpal kalah ,,….. malulah sangat Karpal yang tidak berpihak kepada mahasiswa bahkan akan tewas hanya dengan peguam junior (Azhana).
Setelah mendengar hujahan maka Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan akan mengumumkan keputusan kes lima penuntut Kolej Universiti Insaniah Malaysia (Kuin), yang digantung pengajian kerana berdemonstrasi tahun lalu, 4 Mei ini.
Pada Mei lalu, lima mahasiswa kolej universiti tersebut dibicarakan dan digantung pengajian kerana didapati 3 orang daripadanya terlibat dalam demonstrasi untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari dan 2 orang hanya mengutara pandangan dalam akhabar agar MB Kedah turun padang selesai isu KUIN.

Mereka membantah atas alasan pembinaan itu tidak strategik dan akan mengganggu proses pengajian dan pembelajaran mahasiswa tahfiz.

Mereka yang dikenakan tindakan gantung pengajian ialah  Mohd Faiz Mohd Arshad, Mohd Azlan Mat Zain, Muhamad Aiman Che Abd Razak, Ahmad Remi Mohd Arof dan  Zukhilatif Marzuki.

Mereka dikenakan tindakan itu di bawah Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 dan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta.

Ekoran penggantungan itu, kelima-lima mahasiswa berkenaan mengambil tindakan perundangan mencabar keputusan Kuin.

Skuad mahasiswa prihatin akan mengadakan SOLAT HAJAT sepanjang sebulan sehingga keputusan diumumkan bagi memastikan kebenaran ditegakkan dan kezaliman dihapuskan.

sumber : mahasiswaprihatin.blogspot.com

28 Mac 2012

PIMPINAN TERTINGGI UMNO MINTA KADIR KELUAR UMNO


SERI KEMBANGAN, 26 Mac: Bekas Anggota Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata antara faktor beliau keluar Umno kerana beliau menjadi sasaran terancang media arus perdana selepas menegur sikap Umno.

Ia ditambah lagi dengan kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor minggu lalu yang mencabarnya keluar dari Umno selepas tidak selesa dengan kritikannya.

"Saya telah menjadi sasaran kritik yang begitu hebat oleh media massa arus perdana kepunyaan parti saya sendiri ketika itu. Jelas ia dibuat secara terancang dari pihak berkuasa.

"Ini diikuti pula oleh Setiausaha Agung Umno sendiri meminta saya keluar parti...hanya kerana itu. Maka saya keluarlah sebagai ahli Umno yang telah saya abdikan segala jiwa dan raga saya selama 56 tahun," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Alasan tersebut sebagai penjelasan kenapa beliau bertindak isytihar keluar Umno pada 19 Mac lalu.

Antara kritikannya kepada Umno sebelum ini, beliau mendakwa parti itu telah terpesong dari perjuangan asal berbanding sewaktu penubuhannya.

Veteran Umno itu juga mendakwa rasuah, pembaziran dan penyalahgunaan kuasa termasuk 'kronisma mega' secara berleluasa sedang berlaku dalam parti itu sehingga kekayaan negara hanya berlegar disekitar kelompok tertentu dan tidak sampai kepada rakyat.

Tambahnya, ada juga yang perlu membayar wang kepada rakan-rakan seperjuangan sendiri untuk mendapatkan tempat dalam parti termasuk jawatan tertinggi.

Abdul Kadir juga sebelum ini mendedahkan Umno menabur wang di kampung-kampung untuk beli undi pilihan raya dan menuntut tindakan 'hodoh dan jijik' itu dihentikan segera.

Bagaimanapun kritikan-kritikannya itu disifatkan oleh pemimpin Umno sebagai menghentam parti dan beliau kemudian menjadi mangsa serangan media arus perdana sehingga ada desakan agar beliau keluar Umno.

Aktif politik semula

Dalam pada itu beliau yang juga bekas menteri penerangan dan komunikasi, hari ini tetap mempertahankan segala dakwaannya terhadap Umno malah berkata ianya baik untuk dikaji.

Beliau juga menegaskan akan kembali semula untuk aktif dalam politik selepas lama bersara untuk menumpukan kepada perniagaannya sebelum ini.

"Dengan ini saya isytiharkan berhenti daripada bersara dan akan membawa perjuangan Umno (yang lama) di tempat yang lebih sesuai," katanya.

Ditanya sama ada akan menyertai mana-mana parti politik, Abdul Kadir berkata beliau setakat ini hanya mahu menumpukan kepada Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) yang beliau kini sebagai timbalan presiden.

Namun katanya, ia bergantung kepada keadaan selepas ini.

"Ramai pemimpin Pakatan Rakyat kebetulan kawan-kawan saya pujuk saya, tapi saya buat keputusan sendiri.

"Buat masa ini dengan NGO (Amanah), perkara lain belum terfikir, tengok keadaan la. Kalau depa tabuh (serang) kuat sangat, kita terjun la",
katanya sambil tersenyum. -HD

Monday

PATUTLAH NAZRI TAK SETUJU ISYTIHAR HARTA... MARI KITA TERJAH ANAKNYA



Menteri di Perdana Menteri Jabatan Nazri Abdul Aziz digesa mendedahkan sumber dana untuk pembelian sebuah kereta Porsche dan sebuah kenderaan MPV mewah yang digunakan oleh anaknya dan pegawal peribadi anaknya semasa didakwa berlaku insiden seorang pegawal keselamatan dipukul malam Selasa lalu.

Dalam hal ini, Naib Presiden PKR, N Surendran berkata ia juga menjadi tanggungjawab Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengotakan janjinya untuk pembaharuan dan kerajaan yang bersih.

"Ini boleh dilakukan dengan mengarahkan Nazri membuat pengisytiharan penuh asetnya," tambah Surendran dalam satu kenyataan hari ini.

Surendran berkata tindakan tergesa-gesa polis untuk membersihkan anak Nazri - Mohamad Nedim - daripada sebarang salah laku - seperti yang dilaporkan beberapa akhbar Sabtu lalu - hanya menimbulkan lebih banyak kecurigaan dan keraguan mengenai apa yang sebenarnya berlaku di kondominium mewah itu pada malam 20 Mac.

"Adakah polis cuba melindungi reputasi Umno dan kerajaan?" soalnya sambil menambah bahawa rakyat berhak meminta satu siasatan menyeluruh dan saksama dijalankan terhadap kejadian tersebut.

Katanya, kenyataan OCPD Brickfields Wan Abdul Bari Wan Abdul "Wan Abdul Bari's statement is Khalid tidak konsisten dengan laporan-laporan awal bahawa anak Nazri dan pengawal peribadinya yang memukul pengawal keselamatan tersebut.

"Juga telah dilaporkan bahawa terdapat rakaman CCTV keseluruhan kejadian tersebut. Apakah yang didedahkan dalam pita CCTV tersebut?" soalnya.

Surendran juga mendakwa ia telah menjadi amalan standard bagi pihak polis tergesa-gesa mempertahankan pemimpin BN atau saudara mara mereka yang disyaki melakukan jenayah. -mk


Mari baca kenyataa Nazri Sebelum ini.

Bukan Wajib Bagi Menteri Kabinet, Ahli Keluarga Isytihar Aset Kepada SPRM - Nazri

PUTRAJAYA: Menteri-menteri Kabinet dan ahli-ahli keluarga mereka tidak seharusnya tertakluk kepada syarat-syarat ketat seperti mengisytiharkan aset kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

“Anggota-anggota Kabinet dan isteri-isteri mereka tidak wajib untuk mengisytiharkan aset mereka kepada SPRM. Kita hanya perlu melakukannya (pengisytiharan) kepada Pedana Menteri,” katanya di sini, Khamis.

“Tugas SPRM hanya melakukan siasatan sekiranya terdapat sebarang penyelewengan… itu sahaja,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun menerima baik cadangan SPRM itu.

“Kami tidak mempunyai masalah terhadap perkara itu. Semua anggota Kabinet perlu mengisytiharkan aset mereka kepada Perdana Menteri dan kami menyokong sepenuhnya cadangan daripada SPRM,” katanya kepada pemberita pada mesyuarat bulanan kementerian itu, Khamis.

SPRM pada Rabu berkata, salinan fail pengisytiharan aset anggota Kabinet dan isteri-isteri mereka serta ahli keluarga yang lain perlu diserahkan kepada Perdana Menteri.

Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh berkata, suruhanjaya itu mengemukakan cadangan tersebut kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mesyuarat pada 12 Disember lalu dan dilihat menerima idea berkenaan.

“Kami mencadangkan supaya satu salinan pengisytiharan aset semua anggota pentadbiran persekutuan perlu diberikan kepada suruhanjaya. Kami (seterusnya) mencadangkan isteri-isteri mereka dan ahli keluarga yang lain dikehendaki untuk memaklumkan aset mereka melalui akuan berkanun dan rekod disimpan oleh SPRM,” tambahnya lagi
. -mstar (19/01/12)

DS AZIZAN AKAN LAGI KALUT KALAU KALAU DAP MASIH KETEGAR NAK LAWAN TIGA PENJURU

DAP Kedah menjelaskan bahawa pertandingan tiga penjuru hanya akan berlaku dalam pilihan raya umum akan datang jika rundingan pengagihan kerusi dalam Pakatan Rakyat gagal sepenuhnya.

kedah defection ceramah 220510 dap adun lee guan aikMenjelaskan kenyataan beliau semalam, ADUN DAP Kota Darul Aman, Lee Guan Aik (kanan) berkata, situasi sekarang belum sampai ke tahap tersebut dan sebarang pertikaian di Kedah masih boleh diselamatkan dengan bantuan kepimpinan pusat Pakatan.

"Masalahnya ialah pemimpin tertinggi masih belum lagi membincangkan perkara ini.

"Tetapi saya tetap berharap untuk mendapatkan jawapan terbaik," katanya ketika dihubungi.

Lee berkata beliau berasa perlunya untuk membuat penjelasan tersebut selepas 'dihujani' soalan dari media ekoran kenyataannya semalam.

Jika DAP gagal mendapatkan lebih banyak kerusi, parti itu mungkin tiada pilihan tetapi akan terbabit dalam pertandingan tiga penjuru.

Lee berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bahawa DAP tidak akan mendapat kerusi tambahan.

azlanAzizan telah dilaporkan berkata bahawa pengagihan kerusi di kalangan PAS, PKR dan DAP akan berdasarkan quo 2008 status.

Bagaimanapun, Lee berkata landskap politik di Kedah telah berubah, dan DAP memohon untuk bertanding enam negeri dan dua kerusi parlimen dalam pilihan raya umum ke-13.

Sementara itu, PKR Kedah menggesa DAP untuk kembali kepada garispanduan Majlis Presiden Pakatan berhubung agihan kerusi.-MK

Sunday

YB UMNO KENA TANGKAP? KALAU YB PAS DAN PKR MESTI RIUH SEKAMPUNG




Apakah benar seorang YB dari UMNO yang kononnya mendokong dan memperjuangkan agama dan bangsa di tangkap bersama  27  orang yang lain setelah serbuan dilakukan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya di sini, awal pagi kelmarin.

Wakil rakyat terbabit yang juga pelanggan di premis berkenaan diperiksa ketika serbuan Ops Tapis Pusat Hiburan oleh 14 anggota termasuk dua pegawai, diketuai Inspektor Risikan Operasi dan Tahanan JSJN negeri, Inspektor Mohd Hisham A Rahman, bermula jam 2.40 pagi.

Kalau pimpinan Pakatan Rakyat diperangkap dan dituduh khalwat di Pahang riuh sekampung konon nak jadi juara rakyat... ape kee halnya pulak dengan pimpinan wakil rakyat UMNO yang kena tangkap ni. Rakyat nilailah sendiri.

Alahailahh UMNO.