Kerajaan Kedah nampak tidak memandang serius soal - soal sensitif orang PAS di Kedah.
Dulu saya pernah dedahkan isu gambar besar yang dilekatkan sebagai tanda projek AMAN CENTRAL yang memaparkan tubuh wanita , couple, karaoke, pergaulan bebas. Kalau UMNO buat tak palah , ini dah tukar Kerajaan PAS pun , soal yang kecil seperti itu tak boleh buat perubahan, bagaimana nak tawan Putrajaya. Itu pun hingg kini iklan itu belum ditanggalkan.... ego sungguh DS Azizan.
Kini isu terbaru pembukaan Nite Club dekat Teco Mergong yang diiklankan sepanjang tiang di Alor Setar dengan terbuka dan berani.
Kenapa pihak berwajib masih berdiam diri soal nite club. Bukan kah janji PAS untuk memberikan kebekatan kepada negeri tadbirannya. Saya mungkin boleh baik sangka dengna mengatakan pihak MBAS terlepas pandang dalam membri lesen, sedangkan Kerajaan PAS Kedah sudah berikrar untuk tidak memberi lesen yang baru kepa kelab malam, cuma yang lama zaman UMNO tak boleh nak buat apa.
Jika kita masih berdiam diri, Pemerintah Kerajaan PAS sama saja dengan UMNO.
Wahai DS Azizan, sudahlah ... tak kan pilihanraya punya pasal, nak jaga UMNO takut kucar kacirkan politik Kedah punya pasal boleh biar sahaja kemungkaran berleluasa di Kedah. Jika dibiarka , tunggu janji Allah pada pilihanraya ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)