Welcome Message

HIJAU BULAT (mendepani kesejahteraan rakyat)

..Kehebatan Manusia Bergantung Sejauhmana Kita Hebat Dengan Allah...
twitter

Follow on Tweets

Saturday

FORMULA KEMELUT PAS KEDAH :AZIZAN KEKAL MB HINGGA PENGGAL INI SAHAJA, 2 EXCO ANGKAT SUMPAH

Perbincangan misi damai lebih lima jam di kediaman rasmi Menteri Besar di Alor Setar, yang berakhir awal pagi semalam, dipercayai telah mencari formula menjernihkan kemelut kepimpinan Pas Kedah.

Agak mustahil jika pimpinan PAS pusat mengarahkan Azizan meletakkan jawatannya kerana ia akan menjadi buah tanggung kepada BN. Begitu juga sebaliknya berlakunya pemecatan kepada  Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub sebagai berkata, keputusan yang dicapai itu mengambil kira pelbagai pandangan yang dibincang.

"PAS sudah ada keputusan. Ia sangat mengambil kira pelbagai pandangan yang kita bincang.

"Kita akan umum keputusan tersebut secara rasami dalam masa terdekat," katanya dipetik organ rasmi parti itu.

Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi yang berada kuat seia sekata bersama Dewan Ulamak PAS Kedah sudah pasti mempunyai hujjah kukuh terhadap kesalahan yang kritikal yang dilakukan oleh DS Azizan. Menurut sumber  Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi tidak akan mengangkat sumpah semula sebagai exco juika DS Azizan masih menjadi Menteri Besar. Walaupun dikritik hebat namun Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi telah melakukan sesuatu yang berani yang semua orang tahu perangai DS Azizan yang cengei dan prongos dan autokrasi. Jika tidak kerana keberanian Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh mungkin ramai petugas dan pimpinan PAS hanya akan bercakap mengenai sikap DS Azizan yang tidak disenangi.


Penyelesaian terbaik bagi pandangan saya bagi mengelakkan isu ini dijadikan senjata PRU ke 13 ialah dengan memberi hukuman agar DS Azizan tidak lagi bertanding pada PRU 13 namun kekal MB Kedah sekarang manakala Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh mesti mengangkat sumpah semula menjadi exco bersama hinggalah DUN dibubarkan.

Jam 2.10 petang/ 4 Mac 2012

Friday

PEMUDA PAS KEDAH HARUS BIJAK KEMUKAKAN PANDANGAN TANGANI ISU PAS KEDAH


Ahmad, Ketua Pemuda Pas Kedah
 Tindakan Dewan Pemuda Pas Kedah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mencadangkan agar Azizan razak mengambil tindakan kepada kedua dua Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah iaitu Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi  dan Dr Ismail dianggap tidak bijak dan hanya sekadar menjadi tukang ampu.

Sedangkan pimpinan PAS Pusat sebanyak 3 kali turun ke Kedah untuk menyelesaikan kemelut dengan perasaan ukhuwah dan tarbiah.


Setiausaha Perhubungan PAS , Us Musoddak juga meminta semua ahli berpuasa dan mengerjakan solat hajat agar diberikan petunjuk supaya masalah ini dapat diselesaikan dengan hikmah.

Barisan Dewan Ulamak Pusat dan negeri memberi sokongan agar tiada unsur menjatuhkan Kerajaan Negeri serta bersetuju singkirkan pemimpin yang menyalah gunakan kuasa

Tiba-tiba Ketua Dewan Pemuda Pas Kedah mencadangkan agar Azizan memecat kedua dua exco berkenaan. Tindakan ini ibarat batu api atau mencurah minyak api sedangkan PAS sedang mencari jalan penyelesaian. Kenapa Pemuda PAS Kedah bertindak demikian, sedangkan pemuda perlu memainkan peranan menjadi orang tengah dalam kemelut ini.

Ramai orang berkata jangan sampai nak puji (jek) boss sampai prinsip tergadai. jangan sampai ada kepentingan politik hingga gagl bezakan permata dan kaca.Pemuda perlu sedar Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi  mendapat sokongan padu Dewan Ulamak Kedah. Kenapa ?

Adakah pandangan ketua pemuda PAS Kedah dipengaruhi dengan kelicikan Timbalan Ketua Pemuda yang juga merupakan Setiausaha Politik Azizan iaitu Sdr Sanusi. Mungkin kata kata Sanusi dianggap kata kata dari Azizan menyebabkan pemuda PAS Kedah takut lantas mengambil jalan mudah mencadangkan agar pemecatan berlaku.

sanusi setpol MB Kedah
Atau itu memang trend Pemuda PAS kedah berfikir dan mengemudi parti di Kedah, sedangkan Pemuda PAS di negeri lain pun pernah hadapi krisis tetapi tenang sahaja hadapi isu.

Saya menyeru agar kepimpinan Pemuda PAS Kedah agar bertindak secara profesional dan tidak terburu-buru mengeluarkan kenyataan hingga melingkupkan parti yang disayangi.

Thursday

Umno Kelantan Melutut Kepada Tengku Razaleigh?


Menurut maklumat dari Fb Sdr Sobere Shafei petang semalam Mustapa Mohamed bersama Awang Adek Hussein dan Annuar Musa telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tengku Razaleigh Hamzah di kediamannya di Langgak Golf, Ampang. Kurang pasti apakah tujuan kunjungan hormat itu, apakah mereka ingin memberi tahu Tengku Razaleigh bahawa nama anak raja Kelantan itu masih disenarai sebagai calon BN di Gua Musang atau apa?

Atau kunjungan itu ada kena mengena dengan pemergian Najib Razak ke Kelantan esok dalam rangka kerja sekaligus berkempen.

Mungkin 'tiga pahlawan' Kelantan itu datang bersembah lutut untuk meminta Tengku Razaleigh pulang meraikan Najib di Kelantan. Kalau Tengku Razaleigh ada sama mungkin keadaanya lebih gah lagi. Maklumlah Tengku Razaleigh orang lama kalau dia berada dalam majlis Najib boleh menambahkan seri kepada Umno.

Di celah-celah ini saya hendak tanya sedikit, kenapa Annuar Musa yang mengiringi Mustapa dan Awang Adek untuk berjumpa Tengku Razaleigh. Atas kapasiti apakah beliau ikut sama ke Langgak Golf? Kenapa tidak Norzaidi Omar selaku setiausaha badan perhubungan Umno atau pun Hanafi Mamat selaku Bendahari Umno? Kenapa Annuar Musa. Dia tidak ada apa-apa jawatan dalam badan perhubungan Umno Kelantan kecuali sebagai ketua bahagian Ketereh.

Apakah kerana Annuar Musa kini selaku Presiden Kafa yang mana dia mendakawa kira-kira 200,000 penyokong pasukan gedebe merah Kelantan telah menyokong Umno? Begitukah. Dan kalau benar begitu apakah kena mengenanya penyokong pasukan bola Kelantan dengan Umno? Tidak semestinya orang yang membeli tikit untuk tengok pasukan red warriors Kelantan akan menyokong Umno.

Annuar nampaknya telah cuba hendak menjual dirinya seorang yang hebat mengurus pasukan bola sepak dengan kecerahan suka bola sepak di Kelantan akhir-akhir ini. Tetapi sekali lagi... mengurus bola tidak secara automatik boleh mengurus parti. Telah lebih 10 tahun Annuar Musa menjadi timbalan pengerusi Umno Kelantan, Umno tetap juga kalah. Umno tidak mengalami apa-apa perubahan, statik dari segi sokongan. Keadaan itu membuktikan Annuar gagal dalam politik. Dia sendiri sudah tiga kali kalah.

Apapun bagus kalau Mustapa, Awang Adek atau Annuar Musa teringatkan Tengku Razaleigh. Seharusnya begitulah kalau Umno ingin kuat dan bercita-cita untuk merampas Kelantan. Pemimpin masa kini perlu mendekati dan mendampingi pemimpin veteran yang berjasa seperti Tengku Razaleigh dan lain-lain itu. Tanpa kerjasama dan komitmen Tengku Razaleigh agak mustahil untuk Umno dapatkan Kelantan. Rahsia kekuatan Umno masih ditangan Tengku Razaleigh. Hakikat ini kena diterima.

Sepatutya mereka bertiga tidak 'buat huduh' kepada Tengku Razaleigh. Mereka tidak patut melupai Tengku Razaleigh. Sepatutnya mereka mengunjungi Tengku Razaleigh bukan hari tetapi sejak lama dulu. Mereka perlu dekat dan belajar daripada bekas Menteri Kewangan itu bagaimana hendak mencabar Pas. Mereka perlu menjadikan Tengku Razaleigh sebagai biduwanda tua yang memiliki seribu kemahiran.

Saya telah catat dalam tulisan-tulisan saya sebelum ini, dalam sejarah hidup Tengku Razaleigh beliau telah berjaya menjatuhkan dua kerajaan di Kelantan. Pada tahun 1978 beliau telah menumbangkan kerajaan Pas ketika. Dan pada tahun 1990 bersama Pas beliau telah menumbangkan kerajaan Umno yang dibinanya pada tahun 1978.

Tidak siapa dapat nafikan kejayaan-kejayaan ini adalah hasil daripada kerja dan strategis halus politik Tengku Razaleigh.

Sejarah itu sepatutnya dikenang oleh Mustapa, Awang Adek dan Annuar Musa yang boleh dianggap sebagai anak dan adek Tengku Razaleigh. Sayangkan mereka terlupa dan tidak melihat kehebatan Tengku Razaleigh itu. Mereka 'semabu mata' dengan pandangan dan kata-kata Mahathir Mohamad yang mengecam dan 'buat huduh' kepada Tengku Razaleigh. Annuar Musa terutamanya terbelit dalam air ludah Mahathir.

Tengku Razaleigh seorang yang gentleman dan berhemat tinggi. Dia masih terima kunjungan tiga 'pahlawan botol' itu. Beliau masih sediakan air dan kueh mueh. Kalau saya jadi anak raja itu, usahkan jamu kueh, terima masuk ke dalam rumah pun tidak. Cukuplah dengan apa yang mereka lakukan kepada Tengku Razaleigh selama ini yang melupai asal usul dan masinnya budu saat Tengku Razaleigh turun gelanggang menentang musuh.

Wajar kalau Tengku Razaleigh berbuat begitu. Apa yang mereka bertiga itu dan para pemimpin Umno Kelantan tidak lakukan kepadanya. Annuar Musa jika boleh diungkitkan dialah orang yang mengkhinanti dan derhaka kepada Tengku Razaleigh Hamzah. Dialah orang yang berkata, "saya sayangkan Tengku Razaleigh, tetapi saya lebih sayangkan Umno", ketika berlaku perlawanan di antara Tengku Razaleigh dengan Mahathir untuk merebut jawatan presiden.

Apa maksud Annuar Musa itu. Dia rela membelakangkan kawan dan sahabat dari negeri sendiri dan mengangkat Mahathir setinggi langit. Nah, hari ini ketika Umo Kelantan tercungkap-cungap untuk merampas Kelantan mereka menebalkan muka datang berlutu di depan Tengku Razaleigh.

Begitu juga dengan Mustapa Mohamad dan Awang Adek, lebih kurang sama dengan perangai dan jahat budi Annuar Musa. Semasa Tengku Razaleigh bercadang hendak mencabar Abdullah Badawi untuk jawatan presiden kerana beliau nampak Abdullah tidak mampu memimpin parti dan kerajaan, kedua ketua bahagian ini tidak sudi pun memberi pencalonan kepadanya. Mereka lupa nama Tengku Razaleigh tetapi ingat nama Abdullah.

Mengenang perbuatan dan jahat budi itu sepatutnya Tengku Razaleigh tidak melayani mereka apa lagi untuk memberi nasihat dan formula terbaik dalam politik. Tetapi Tengku Razaleigh bukan seperti saya yang memang tidak boleh masuk parti politik; Tengku Razaleigh seorang yang berhemat, tinggi budi dan sedia melupai perbuatan huduh orang ke atasnya. Inilah kelebihan dan keistimewaan Tengku Razaleigh yang saya lihat kontras dengan dirinya sebagai anak raja yang selalunya sepatutnya ego dan sombong.

Saya selalu bertanya kepada diri sendiri, kenapa huduh perangai orang Umno Kelantan terhadap Tengku Razaleigh? Saya juga mencari apakah dosa Tengku Razaleigh terhadap Umno Kelantan sehingga kebaikan yang dibuatnya tidak diingati. Sikap huduh perangai inilah yang melemahkan Umno. Kalau mereka sepadu dan sepakat menyokong sesama mereka, sudah lama Umno Kelantan berjaya merampas Kelantan. Atau pun sudah lama negeri Kelantan mendapat seorang perdana menteri sama seperti Johor, Pahang dan Kedah.

Saya masih ingat sewaktu kali pertama Tengku Razaleigh hendak melangkah ke jawatan nombor dua beradu kekuatan (bertanding) dengan Musa Hitamn, (1982) orang Kelantanlah juga yang mengkhianti Tengku Razaleigh. Bahagian Rantau Panjang yang dipimpin Hussein Ahmad (Hussein Serama) awal-awal mencadangkan nama Musa Hitam.

Begitu juga dengan Muhammad Yaacob (Allahyarham) yang boleh jadi MB kerana Tengku Razaleigh juga tidak menyokong Tengku Razaleigh. Seorang lagi ialah Ketua Umno bahagian Kuala Krai Dr Nik Hussein Abdul Rahman. Orang-orang inilah menjadi penentang Tengku Razaleigh, kawan melupai kawan.

Manakala kali kali kedua Tengku Razaleigh mencuba, kali ini untuk jawatan nombor satu berlawan dengan Mahathir, (1987) orang Kelantan juga tidak memberi sokongan padu kepadanya. Sekali lagi Hussein Ahmad menjadi sang bota jaguh menolak Tengku Razaleigh. Dan kali ini ia dikuti sama oleh Annuar Musa.

Saya pernah menghimbau perkara ini, kegagalan Tengku Razaleigh untuk menjadi pemimpin nombor satu negara disebabkan sikap rakannya sendiri dari Kelantan. Kekecewaannya ialah kerana pemimpin Umno Kelantan tidak dapat melihat dan membezakan di antara intan dengan kaca. Mereka lebih terpesona dengan kaca dari luar Kelantan dengan intan yang berada di bawah telapak kaki mereka. Pemimpin Umno Kelantan dari dulu dan kini tidak merupakan jauhari yang mengenali maknikam.

Seperti dikatakan tadi, tindakan Mustapa, Awang Adek dan Annuar berjumpa Tengku Razaleigh elok untuk Umno Kelantan. Tetapi kalau Tengku Razaleigh tidak memenuhi kesemua kehendak mereka jangan marahkan beliau. Sebab sebagai manusia Tengku Razaleigh juga ada hati dan perasaan. Sebaik-baik Tengku Razaleigh dia juga ada sejuris perasaan amarah. Apa lagi selalu terjadi saat Umno Kelantan berada dalam keadaan bahaya, air di paras hidung barulah ada orang terhegeh-hegeh datang untuk meminta sufaat dan berkat darinya.
tang meminta tolong nya.

Iya Tengku Razaleigh baik, humble, berhemat dan berbudi pekerti tetapi dia juga ada prinsip dan maruah yang menjati dirikan dia sebagai seorang pemimpin bersifat negarawan. Kalau mereka bertiga jujur menjelang perhimpunan agung Umno yang melibatkan pemilihan nanti cadang dan sokonglah Tengku Razaleigh untuk merebut jawatan presiden? Bolehkah?

dipetik dari blog mohd sayuti omar