Welcome Message

HIJAU BULAT (mendepani kesejahteraan rakyat)

..Kehebatan Manusia Bergantung Sejauhmana Kita Hebat Dengan Allah...
twitter

Follow on Tweets

Friday

Ribuan di Kedutaan AS, bantah filem hina nabi



21 Sep 2012









 KUALA LUMPUR: Ribuan umat Islam hari ini menyertai himpunan di Hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara bagi membantah penerbitan filem "Innocence of Muslims" yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Himpunan yang diberi nama "Expresi Hijau Kasih Nabi" anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat itu bermula sejurus selesai solat Jumaat di Masjid Tabung Haji sebelum berarak menuju ke bagunan kedutaan kira-kira 200 meter dari masjid tersebut.

Dianggarkan hampir 5,000 menyertai himpunan ini termasuk dari kalangan muslimat, mahasiswa dan umat Islam perihatin.

Antara yang berada di barisan hadapan perarakan ini termasuklah Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasruddin Hassan, Naib Presiden PKR Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar.

Mereka juga menggunakan lori sebagai pentas bergerak di samping beberapa pimpinan di atasnya menyampaikan ucapan.

Sepanjang perarakan mereka melaungkan slogan 'hancur Amerika, hidup Islam, kami sayang nabi' sambil membawa poster dan kain rentang mengecam tindakan biadap penerbit filem berbangsa Yahudi, Sam Bacile itu.

Perarakan ini turut dikawal pasukan Unit Amal Dewan Pemuda PAS Pusat sementara lebih 200 anggota polis berkawal di hadapan bangunan kedutaan.

Salahuddin dalam ucapannya mendesak Presiden Amerika Barack Obama memohon maaf kepada seluruh umat Islam di atas penghinaan yang dibuat penerbit filem Amerika itu.

"Kita orang Islam hormat agama lain. Kita hormat Yahudi, Budha, Sikh dan sebagainya. Oleh itu kita minta Amerika memohon maaf kepada umat Islam.

"Jangan hina nabi kami, kelak akan mengundang padah. Kami sayangkan nabi dan agama kami. Kita rela pertahankan dalam apa juga keadaan," katanya disambut laungan hidup Islam oleh para hadirin.

Sementara itu, Tian Chua dalam ucapannya berkata, mewakili kaum Cina beliau kesal dengan tindakan penghinaan terhadap agama Islam.

Beliau juga mendakwa isu ini bukan isu agama Islam semata-mata malah juga berkait dengan isu kemanusiaan sejagat.

"Kita perlu tunjukkan semangat setiakawan. Penghinaan ini harus dihentikan dan Amerika perlu ambil tindakan segera.

"Kita tidak mahu berlaku pertembungan antara agama," ujarnya.

Sementara itu, Tuan Ibrahim, Nasrudin Hassan dan Tian Chua dilihat masuk bertemu dengan wakil kedutaan.

Sementara menunggu pertemuan dengan wakil kedutaan selesai, pidato di luar pagar bangunan kedutaan diteruskan.

Antara yang berucap termasuklah Timbalan Ketua DPPM, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad, dan Naib Presiden PKR N Surendran.

Enggan bertemu

Nasruddin ketika bercakap kepada media selepas keluar dari bangunan itu berkata, pihaknya kesal dengan layanan wakil kedutaan yang enggan bertemu dengan pihaknya untuk menerima memorandum.

Menurutnya, tiada wakil pejabat kedutaan yang turun melainkan hanya menghantar pengawal keselamtan dan ianya sekali lagi menunjukkan sikap biadap negara itu.

"Ini adalah penghinaan berpanjangan. Dahulu Denmark telah menghina nabi dan sekarang berulang lagi.

"Mereka tidak boleh menghina agama laian walaupun mereka berkuasa. Kita tidak akan benar apa jua bentuk terhadap agama Islam ataupun agama-agama lain," katanya.

Beliau juga mengumumkan himpunan serupa akan diadakan di seluruh negara pada Jumaat akan datang beserta munajat perdana bagi menyatakan kecintaan pada nabi.

Sementara itu, sekumpulan peserta himpunan dilihat turut membakar kain rentang yang bercetak bendera amerika dan Israel sebagai tanda bantahan.

Himpunan tersebut kemudiannya bersurai kira-kira jam 3.20 petang selepas bacaan doa penutup oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
 

Umno yang ajar bukan Islam hina Islam

 21 Sep 2012 

KUALA LUMPUR: Kalau pemimpin Umno tidak ajar orang lain menghina Islam, bangsa lain tidak berani melakukannya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Utusan Malaysia dan RTM tanya saya mengenai kenyataan (Pengerusi DAP Perak, Datuk) Ngeh (Koo Ham) yang saya akui langsung tidak peka kepada sensitiviti umat Islam.

"Saya beritahu mereka, tindakan Ngeh yang lansung tidak peka kepada sensitiviti umat Islam itu sama dengan pemimpin Umno yang menghina Islam. Antaranya, (bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) dahulu. Beliau juga pernah hina orang Islam dan Islam. Koo Ham pun sama dengan pemimpin Umno.

"Dr Mahathir berjaya didik Koo Ham," beliau memberitahu kenyataannya kepada Utusan.

Ngeh Koo Ham baru-baru ini menarik balik kenyataannya dan meminta maaf kepada umat Islam atas kenyataan silapnya itu.

Menurut Mahfuz, media-media pro-Umno Barisan Nasional (BN) itu tidak memberikan sebarang contoh penghinaan para pemimpin Umno terhadap Islam.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu mengecam orang-orang Umno yang hanya pandai memarahi satu pihak sahaja.

"Pemimpin-pemimpin Umno dan MCA hina Islam mengapa tidak marah?

"(Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) sangat terkenal dengan kenyataannya yang mendakwa negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan, mengapa Umno tidak bantah?" Mahfuz mempersoalkan.

Malah, katanya, Najib disiarkan oleh media sebagai mendakwa "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu".

Mahfuz juga bertanya, adakah orang-orang Umno lupa ucapan Dr Mahathir yang disepakati majoriti rakyat sebagai penghinaan kepada Nabi Muhammad?

Dalam ucapannya yang masyhur dan atas sifat sebagai Presiden Umno itu, Dr Mahathir berkata: Dalam ucapannya pada Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan 1997, Dr Mahathir berkata: "Sapa tau janggut Nabi macam mana? Sapa biasa tengok janggut nabi, ada gambar? Kita tak tau. Ada pulak yang kata janggut mesti sampai ke pusat. Ada yang special sikit macam tu! (ketawa). Apakah kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut maka kita Islam. Kononnya Sunnah Nabi. Kita tak tau. Kita tak tau sebenarnya macam mana janggut dia (Nabi) (menahan ketawa).

"Di zaman itu nak cukur pun mudah ke? Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke, tak dak. Pisau cukur pun tak dak masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu".

Mahfuz juga mempersoalkan mengapa orang-orang Umno diam membisu terhadap pelbagai ucapan lain para pemimpin yang menghina Islam seperti dakwaan kononnya Saidina Hamzah tidak dimandikan semasa terbunuh di dalam peperangan Uhud kerana di padang pasir tidak ada air, orang perempuan Arab memakai tudung kerana di zaman Nabi orang Arab kuat nafsunya dan berbagai lagi ucapan yang mempersenda Islam yang diucapkan oleh mereka.

"Kita tidak larang mereka nak bantah ucapan Ngeh. Tetapi kenapa diam membisu terhadap ucapan para pemimpin Umno dan MCA yang lebih teruk dari ucapan Ngeh?" beliau mempertikaikan.

Beliau mengulangi penegasan bahawa ucapan-ucapan para pemimpin Umno yang menghina Islam itu serta sikap membisu orang-orang Umno terhadap penghinaan-penghinaan itu hakikatnya adalah galakan kepada penganut agama lain di negara ini untuk menghina Islam.

Monday

Hari Malaysia: Mengisi dengan semangat Islam



Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, 16 Sep 2012
















Firman Allah, maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud.  Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah” (Surah Al-A'raaf 7:11-12).

Sukacita saya mengulangi apa yang pernah saya ucapkan sebelum ini, bahawa kita hendaklah merdeka daripada penjajahan. Ini kerana penjajah membawa fahaman yang berlawanan dengan ajaran Islam. Penjajah yang membawa fahaman sekular dan kebangsaan, sedangkan fahaman ini ditolak oleh Islam.
Sebagaimana sifat iblis yang suka menghasut manusia supaya berbuat sesuatu yang berlawanan dengan perintah Allah. Sifat iblis ini adalah suatu penjajahan atas manusia yang beriman, maka iblis adalah penjajah pertama terhadap manusia. Oleh itu, kemerdekaan dari hasutan iblis adalah wajib, dan sebagaimana kita juga wajib merdeka dari fahaman kebangsaan dan sekular yang dibawa oleh penjajah.
Di dalam Al-Quran, seperti mana maksud ayat Surah Al-A’raaf di atas bahawa datuk manusia yakni Adam dan Hawa pernah dihasut oleh iblis ketika dalam syurga. Iblis menjalankan ‘penjajahan’ agar Adam dan Hawa mengikut hasutannya memakan buah dari pokok yang dilarang oleh Allah. Iblis melaksanakan pendekatan ‘ghurur’ dengan memujuk secara tipu daya, kononnya apabila memakan buah larangan itu Adam dan Hawa akan kekal selama-lamanya di dalam syurga.
Hakikatnya, pujukan iblis itu merupakan suatu penipuan ke atas manusia yang memang ada kelemahan (lupa). Akibat pujukan dan tipu daya iblis, lalu manusia yang lemah itu terpengaruh. Justeru itu Adam terpengaruh. Akibatnya Adam dimurkai Allah, lalu Adam dan Hawa dihalau keluar dari syurga dan dihumban ke dunia.
Walau pun begitu, Adam dan Iblis tetap berbeza. Adam telah mengaku salah dan memohon keampunan dari Allah. Sementara iblis tetap engkar untuk tunduk kepada perintah Allah, malah bersikap angkuh terhadap tuhan yang menciptanya. Iblis juga mempersoalkan perintah Allah agar sujud kepada Adam dengan katanya: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah.”  Iblis bangga dengan sifat api yang menyala dan meruap ke atas, sedangkan Adam dipandang hina kerana sifat tanah berada di bawah. Iblis tidak sujud sedangkan malaikat yang dicipta dari cahaya sanggup sujud kerana patuh perintah Allah SWT.
Inilah perbezaan besar sifat iblis dengan manusia. Atas perbezan inilah, sewajarnya kita kena merdeka diri dan negara ini daripada sifat iblis yang dilaknat Allah. Oleh kerana itu, semangat kesatuan di bawah sebuah negara merdeka, Hari Malaysia yang berlaku pada 16 September 1963 sejak dulunya, (masuk 51 tahun) harus dikenang dan dijadikan landasan bagi mengisi negara dengan nilai kemerdekaan menurut semangat Islam. Kita hendaklah mengisinya dengan prinsip dan sistem bernegara yang diajar oleh Islam.
Maksudnya di sini, kita tidak boleh mengisi negara ini dengan pemikiran penjajah Inggeris yang mirip menghasut umat Islam menerima fahaman mereka – menolak prinsip dan sistem bernegara yang diajar oleh Islam. Sedangkan umat Islam diajar oleh Nabi Muhammad SAW agar mengisi dan melaksana urusan negara ini berpandukan prinsip dan ajaran Islam. Inilah amanah Allah kepada semua umat manusia tidak kira Melayu, Cina, Inggeris mahu pun Arab.
Sesungguhnya, manusia sedia memikul amanah Allah, sebagaimana firman-Nya (bermaksud): “Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan” (Surah Al-Ahzaab 33:72).
Di atas kesanggupan memikul amanah tersebut, sebagai umat yang beriman tidak kira Melayu, Cina, India, mahu pun Inggeris atau Arab; kesemuanya haruslah menjadikan dunia ini sebagai medan melaksana amanah Allah. Medan (dunia) menuju ke akhirat. Justeru segala isi alam ini (langit dan bumi) adalah kepunyaan Allah. Oleh itu, mana-mana pihak yang mengambil prinsip selain apa yang diamanahkan-Nya, maka ia hendaklah ditolak.  Cara menolaknya mengikut lunas sekarang ialah jangan mengundi mereka.
Ambillah pengajaran daripada apa yang berlaku sekarang, apabila dunia kini sudah berubah. Lihatlah peristiwa ‘Arab Spring’ yang menyaksikan di beberapa negara sudah menolak pemimpin dan kerajaan yang bersengkongkol dengan Barat atau menjadi talibarut Israel. Ia berlaku di Mesir, Tunusia, Libya, Algeria dan sekarang di Syria. Inilah hakikat kebangkitan golongan yang ingin mengisi negara yang merdeka dengan amanah Allah. Mereka bersedia meletak agama bagi mengisi dunia menuju akhirat. Realiti ini sudah berlaku di Kelantan sejak 22 tahun dulu yang kini sedang bermula pula di dunia Arab.
Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk untuk kita terus berusaha melaksanakan amanah Allah di dunia ini.

Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan merangkap Al-Mursyidul Am PAS.
Pulau Melaka.
29 Syawal 1433 bersamaan 16 September 2012.

Sunday

Majlis Syura tak bincang isu Nasharudin




KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Syura PAS malam tadi tidak membincangkan sebarang isu berkait kedudukan bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa.

Menurut Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, mesyuarat lebih dua jam malam tadi hanya memberi fokus kepada perkara-perkara yang berkait pilihan raya khususnya senarai calon yang akan bertanding.

Berhubung kedudukan Nasharudin katanya, tiada sebarang masalah yang timbul dan tiada keperluan bagi majlis syura membincangkannya.

"Mesyuarat tak bincang isu Ustaz Nasharudin dan dia pun ada dalam mesyuarat tadi.

"Tidak berbangkit untuk bincang isu Ustaz Nasha kerana tiada masalah yang timbul. Siapa kata ada masalah?" Kata beliau selepas selesai mesyuarat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut malam tadi.

Sehubungan itu jelasnya, kedudukan Nasharudin kekal sebagai anggota Majlis Syura PAS dan tiada sebarang tindakan akan diambil terhadap Ahli Parlimen Bachok itu.

"Beliau kekal sebagai ahli majlis syura seperti biasa dan tiada apa-apa tindakan sebab tiada apa-apa masalah," katanya lagi.

Mesyuarat malam tadi turut dihadiri Nasharudin selaku ahli Majlis Syura PAS yang dilihat tiba di ibu pejabat PAS, kira-kira jam 8.55 malam tadi.

Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut hadir mempengerusikan mesyuarat.

Bagaimanapun beliau yang juga Menteri Besar Kelantan dilihat meninggalkan bangunan ibu pejabat parti itu kira-kira jam 9.15 malam.

Isu kedudukan Nasharudin menjadi tumpuan ekoran kenyataan beliau dimedia arus perdana yang menggesa PAS mempertimbang semula kenggotaan dalam Pakatan Rakyat berikutan pendirian Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam isu hudud.

‘Kami mintak maaf, talian terputus’ terhangat

KUALA LUMPUR: Berita bagaimana talian terputus di sebuah rancangan TV tempatan apabila pemanggil bertanyakan mengapa tiada tindakan diambil tentang insiden kencing di gambar   Presiden dan Murshidul Am PAS ialah artikel paling popular di Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke 36.

Ia melaporkan bagaimana sikap media BN yang akan mencari helah untuk tidak membincangkan kejahatan yang dibuat ke atas pemimpin PAS.

Di tangga kedua, berita mengenai bagaimana bekas Mufti Perli Dr Asri Zainul Abidin membuat Hasan Ali terkedu menerusi rancangan Bicara menerusi Tv Hijrah yang dipaparkan blog http://pejuang-rakyat.blogspot.com .

Berita mengenai berita terhangat minggu lepas mengenai gambar pelajar tahfiz yang enggan bersalam dengan Datin Seri Rosmah Mansor di rumah terbuka Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar, di Dewan PKNS, Kelana Jaya dua minggu lalu menduduki tempat ketiga.

Berita sekumpulan samseng yang dipercayai ahli Perkasa bertindak ganas dengan menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan tazkirah Maghrib di sebuah masjid di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah baru-baru ini pula menduduki tangga keempat.

Di tangga kelima, ialah berita blog http://wasukalu.blogspot.com menunjukkan seseorang Melayu memakai baju parti politik tertentu untuk membeli nombor ekor.

Wednesday

KEDAH DIPERINTAH OLEH KERAJAAN AZIZAN BUKAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

Kerajaan Kedah nampak gah pada peringkat awal pentadbiran hingga pertengahan. Isu Babi dan Arak dapat diselesaikan dengan baik. Begitu juga isu sampah dapat menyenangkan hati rakyat.

Namun sejak dekat dengan pilihanraya, DS Azizan nampak seperti dah nak ikut rentak UMNO. Perangai DS Azizan yang perongos dan baran kadang-kadang tidak melayakkannya menjadi MB Kkedah.

Isu yang paling hangat ketika ini yang sukar dijawab oleh pimpinan PAS sendiri ialah isu KUIN. Bermula isu Mahasiswa KUIN , DS Azizan setuju guna AUKU dan akta setaraf dengannya sehinggalah masalah staf KUIN yang akhirnya dengan lantang berdemo untuk pecat Rektor mereka namun sebaliknya dihalnang oleh DS Azizan

Menurut sumber, demo staf KUIN  yang berlaku pada hari selasa dan pada keesokan harinya adalah mesyuarat exco, majoriti exco bersetuju untuk pecat Dato Jamil, Rektor KUIN, namun DS Azizan guna kuasa veto kuku besinya untuk menyelamatkan Dato jamil. 

DS Azizan lebih rela PAS kalah daripada D Jamil dipecat.

Semua masyarakat dah mula buka mata di atas kepincangan pemerintahan DS Azizan. Kami dah tak larat nak bela kamu dah wahai DS Azizan, kami jawab lagu lain , hang buat lagu lain.

memang DS Azizan cari nahas betul, jangan pakai otak sendiri saja. Dalam pemerintahan Islam kena syura, tawadhuk, akal bohlah tang kepala bukan kepala lutut DS Azizan oiiii.


Daripada kita memerintah bagi lesen hiburan mereta ceruk, gambar billboard pun nak letak yang tutup uaurat pun payah, buat zalim pada student dan staf KUIN, isu balak, semua ni dapat dosa jaa, baik kita jadi pembangkang lebih baik daripada pemerintah yang zalim dan berdosa.

Sunday

LESEN NITE CLUB : JIKA PANDANG ENTENG BOLEH JATUHKAN PAKATAN RAKYAT KEDAH

Kerajaan Kedah nampak tidak memandang serius soal - soal sensitif orang PAS di Kedah.

Dulu saya pernah dedahkan isu gambar besar yang dilekatkan sebagai tanda projek AMAN CENTRAL yang memaparkan tubuh wanita , couple, karaoke, pergaulan bebas. Kalau UMNO buat tak palah , ini dah tukar Kerajaan PAS pun , soal yang kecil seperti itu tak boleh buat perubahan, bagaimana nak tawan Putrajaya. Itu pun hingg kini iklan itu belum ditanggalkan.... ego sungguh DS Azizan.

Kini isu terbaru pembukaan Nite Club dekat Teco Mergong yang diiklankan sepanjang tiang di Alor Setar dengan terbuka dan berani.

Kenapa pihak berwajib masih berdiam diri soal nite club. Bukan kah janji PAS untuk memberikan kebekatan kepada negeri tadbirannya. Saya mungkin boleh baik sangka dengna mengatakan pihak MBAS terlepas pandang dalam membri lesen, sedangkan Kerajaan PAS Kedah sudah berikrar untuk tidak memberi lesen yang baru  kepa kelab malam, cuma yang lama zaman UMNO tak boleh nak buat apa.

Jika kita masih berdiam diri, Pemerintah Kerajaan PAS sama saja dengan UMNO.

Wahai DS Azizan, sudahlah ... tak kan pilihanraya punya pasal, nak jaga UMNO takut kucar kacirkan politik Kedah punya pasal boleh biar sahaja kemungkaran berleluasa di Kedah. Jika dibiarka , tunggu janji Allah pada pilihanraya ini.