
KEADILAN dengan berbesar hati ingin mengumumkan penyertaan empat orang
tokoh profesional sebagai anggota KEADILAN. Mereka adalah Koh King Kee,
bekas Pengurus Kanan Am Jabatan Perniagaan Antarabangsa di Nam Fatt
Corporation Berhad, Brigadier Jeneral (B) Abdul Hadi Abdul Khatcab,
Praba Ganesan, bekas Pengarang laman portal berita internet
The Malaysian Insider dan Dr.Abdul Aziz Bari (gambar bawah), bekas pensyarah undang-undang di Universiti Antabangsa Malaysia (UIAM).
Koh
King Kee yang merupakan graduan lepasan Universiti Malaya, pernah
menjadi tahanan ISA pada Disember 1974 disebabkan beliau bergiat aktif
memperjuangkan KEADILAN sosial. Beliau seorang tokoh korporat yang
sentiasa mengikuti perkembangan politik tanah air walaupun pada ketika
beliau menyambung pelajaran di University of Wisconsin dan berkhidmat di
syarikat swasta di Beijing. Atas kepakaran dan pengalaman beliau,
KEADILAN telah melantik beliau sebagai Penyelaras Penyelidikan bagi
membantu usaha KEADILAN dan Pakatan Rakyat memenangi kerusi-kerusi
dalam Pilihanraya Umum yang akan datang.
Brigadier Jeneral (B)
Abdul Hadi Abdul Khattab pula merupakan bekas pegawai tertinggi Tentera
Udara Di-Raja Malaysia (TUDM) yang pernah memfailkan saman terhadap
Kerajaan Malaysia dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia atas pemecatan
yang tidak sah beliau berhubung kehilangan dua enjin jet pejuang F5E
dari kem TUDM di Sungai Besi. KEADILAN dengan tanpa syak telah melantik
beliau sebagai Pengerusi Perundingan Keselamatan KEADILAN.
Manakala
Praba Ganesan yang sangat berpengalaman dalam media baru telah dilantik
sebagai Pengurus Strategi Media Parti KEADILAN Rakyat yang akan
merancang dan melaksanakan strategi berkaitan media sosial Parti bagi
menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 yang bakal menjelang.

Penyertaan
Dr. Abdul Aziz Bari sangat membanggakan KEADILAN kerana kepakaran dan
karismatik beliau begitu menguntungkan perjuangan KEADILAN dan Pakatan
Rakyat dalam usaha me-"MERDEKA"-kan RAKYAT dari rejim UMNO dan Barisan
Nasional.
KEADILAN sangat mengalu-alukan penyertaan empat tokoh
profesional ini dan membuka seluas-luas pintu kepada mana-mana tokoh
atau individu yang ingin turut serta bersama KEADILAN dalam
memperjuangkan agenda reformasi dan keadilan untuk masa depan Malaysia
yang cerah.
No comments:
Post a Comment