KUALA LUMPUR, 6 Mei ― Pilihan raya umum dijangka mungkin berlaku seawal
Julai depan sebelum bulan Ramadhan kerana Bersih 3.0 tidak memberikan
kesan terhadap sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN), demikian
menurut sumber BN.
The Malaysian Insider difahamkan
pilihan raya tidak akan dilaksanakan pada Jun ini kerana Datuk Seri
Najib Razak akan bercuti ke luar negara selama dua minggu bermula
pertengahan Mei, walaupun beliau akan menghadiri perjumpaan "Rakan BN"
di London pada 14 Mei.
"Selepas sambutan ulang tahun Umno pada 11
Mei, perdana menteri akan menghadiri satu majlis di London, majlis
graduasi anak lelaki beliau sebelum ke Sepanyol untuk bercuti," jelas
sumber kepada The Malaysian Insider.
"Berkemungkinan
pilihan raya tidak akan berlaku dalam bulan Jun. Julai seperti sangat
sesuai memandangkan kebanyakan pemimpin BN sudah bersiap sedia untuk
menghadapi pilihan raya, katanya dan menambah, ia mungkin dilaksanakan
sebelum 19 Julai memandangkan bulan puasa dijangka akan bermula. Lebih
60 peratus rakyat Malaysia beragama Islam dan berehat daripada aktiviti
politik ketika bulan puasa.
Sumber lain menjelaskan Pengerusi BN
itu telah mula mendapatkan sokongan daripada rakan-rakan dan
penyokongnya di seluruh negara, dengan lawatan terbaru beliau ke Gua
Musang Jumaat lalu yang mana telah mengenepikan dakwaan piihan raya akan
dilanjutkan ekoran insiden keganasan Bersih 3.0.
Malah beliau menegaskan hanya rakyat yang akan menentukan tarikh sebenar pilihan raya.
Beberapa laporan media antarabangsa menjangkakan Najib akan menangguhkan pilihan raya umum ke-13 selepas insiden Sabtu lalu.
Namun
perdana menteri itu, ketika menjawab soalan pemberita di sini,
tersenyum apabila diajukan persoalan tersebut dan menjelaskan "tarikh
pilihan raya tidak akan tergugat dengan perkara itu."
"Ia
terpulang kepada rakyat. Kita akan membuat keputusan berdasarkan
pandangan rakyat terhadap kerajaan, tunggu sahaja," kata Najib.
Sumber
itu turut menjelaskan Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin,
telah melawat ke semua negeri sejak beberapa bulan lalu bersama dengan
ketua BN Sarawak minggu lepas dan timbalannya di Sabah pada hujung
minggu lalu.
"Mereka yakin dan BN negeri turut yakin. Pilihan raya semakin hampir," kata sumber tersebut.
Beliau
menjelaskan perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 yang dijalankan
serentak di 11 negeri dan 80 negara di seluruh dunia hanya menguatkan
lagi sokongan pengundi untuk menghadapi pilihan raya.
"BN masih
kuat. Bersih hanya memberikan kesan yang minimum kerana ia dirosakkan
oleh PKR dan keganasan sewaktu protes tersebut telah mengubah pendirian
pengundi atas pagar," tambah sumber.
Rating Najib telah meningkat
mendadak kepada 69 peratus dalam kaji selidik terbaru telah mewujudkan
spekulasi pilihan raya bakal dijalankan pada Jun depan, walaupun penggal
BN memerintah masih lagi berbaki hingga Mac tahun depan.
Pakatan
kerajaan tersebut menguasai 138 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat dan
menguasai kesemua negeri kecuali empat diperintah Pakatan Rakyat (PR).
Pilihan
raya seterusnya bakal menyaksikan lebih 2.2 juta pengundi baru, yang
telah mendaftar antara pilihan raya sebelumnya pada 2008 dan penghujung
tahun lalu. Hampir 60 peratus pengundi baru berbangsa Melayu, bangsa
dominan di negara ini.
Statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
menunjukkan jumlah pertambahan pengundi tertinggi adalah Selangor dengan
165,222 individu, diikuti Johor (124,240), Perak (96,710),
Sabah
(86,927), Kedah (84,704), Kelantan (69,344), Penang (64,029), Sarawak
(63,305), Kuala Lumpur (61,040), Pahang (59,639), Terengganu (45,190),
Negeri Sembilan (42,009), Melaka (31,827), Perlis (9,881), Labuan
(2,863) dan Putrajaya (1,920).
Bersih, pertubuhan dengan 84
gabungan NGO. telah menolak daftar pemilih SPR dan menuntut pilihan raya
yang adil dan bersih ketika perhimpunan mereka sejak 2007, dan terbaru
pada 28 April lalu, yang menyaksikan ribuan masyarakat turun ke jalanan
untuk mengadakan tunjuk perasaan aman duduk bantah.
Perhimpunan
itu bagaimanapun bertukar ganas setelah perusuh mula meruntuhkan
penghadang yang didirikan bagi mengelakkan mereka memasuki kawasan
Dataran Merdeka.
Pentadbiran Najib telah melaksanakan tuntutan
Bersih 2.0 pada Julai lalu apabila membentuk pasukan khas pilihan
Parlimen (PSC) berkaitan pilihan raya, namun Bersih tetap berkeras
daftar pemilih SPR masih lagi tidak bersih sepenuhnya. - MI
Saturday
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment