Welcome Message

HIJAU BULAT (mendepani kesejahteraan rakyat)

..Kehebatan Manusia Bergantung Sejauhmana Kita Hebat Dengan Allah...
twitter

Follow on Tweets

Saturday

KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH KENA SAMAN LAGI, KALI INI 3 JUTA



Kadang-kadang saya tergerak hati menyatakan agak benar apa yang disuarakan oleh mahasiswa KUIN dalam blog mereka mahasiswaprihatin.blogspot.com yang sentiasa berdoa kerana mereka mendakwa mereka banyak dianiaya KUIN.
En Shiak Faisol pemilik Shake Cuisine Sdn Bhd

Lepas satu, satu masalah menimpa KUIN yang menjadi permata dakapan DS Azizan. Tak habis lagi dengan KUIN disaman oleh 5 mahasiswa yangdikenakan hukuman zalim ala AUKU dimahkamah tinggi KL, kini KUIN terpaksa berhadapan dengan tindakan mahkamah yang baru.

Isu KUIN melanggar perjanjian kontrak dengan sebuah syarikat yang telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan penginapan pelajar KUIN di Sungai Petani. Menurut Sumber pemilik syarikat tersebut telah memfailkan saman terhadap KUIN bernilai RM 3 juta di Mahkamah Tinggi Alor Setar melalui Tetuan Razif Jamil and Partners .

Tarikh sebutan Kes 9 April di Mahkamah Tinggi Alor Setar
Menurut sumber, pemilik syarikat Shake Cuisine Sdn Bhd  yang bedaftar di Kelab Laguna Merbok, Persiaran Merbok 08000, Sungai Petani Kedah , En. Shiak Faisol berkata perjanjian yang dipersetujui adalah selama 3 tahun bermula Januari 2009 hinggi Disember 2011 untuk menyediakan perkhidmatan asrama dan pengankutan kepada seramai 300 orang pelajar Kolej Universiti Insaniah Sungai Petani dengan kadar RM200.00 untuk setiap pelajar.

Tambah beliau lagi, jumlah keseluruhan dalam perjanjian tersebut adalah bernilai RM 2,160,000.00 berdasarkan RM 200 per/pelajar x 300 orang x 36 bulan ( enam semester pengajian). Cuma sehingga kini KUIN hanya membuat bayaran untuk satu semester sahaja sebanyak RM 360,000.00 bagi enam bulan pertama dan disusuli pembayaran seterusnya sebanyak RM 176,800.00, selepas daripada itu baki 5 semester, KUIN tidak lagi membuat pembayaran seperti di dalam kontrak.

KUIN kampus Sungai Petani
Shiak Faisol pernah bertemu dengan DS Azizan untuk menyelesaikan isu ini. Namun DS Azizan enggan mengulas lanjut sebaliknya menyuruh beliau bertemu sendiri dengan pihak KUIN dan selepas berbincang dengan KUIN , KUIN hanya suruh tunggu sehingga mesyuarat KUIN akan memanggil beliau .Setelah 5 bulan punya tunggu, tiada sebarang jawapan dan tindakan daripada pihak KUIN. Beliau berkata , tiada pilihan lain bagi menuntut haknya yang teraniaya dengan pengurusan KUIN, beliau terpaksa mengambil tindakan mengikut saluran yang dibearkan undang-undang Malaysia (mahkamah) hanya untuk mendapatkan balik haknya, bukan dengan tujuan lain.

Nantikan terjahan saya terhadap respon pengurusan KUIN, staf KUIN dan dari pejabat MB dalam artikel saya seterusnya.

Kesimpulannya apa dah jadi dengan KUIN…. Saya dapat banyak maklumat yang dikirimkan pada saya mengenai salah guna kuasa dan sebagainya… DS Azizan dan Kerajaan Negeri Kedah kena buat sesuatu atau kena buang barah yang sedang merebak di dalam KUIN.

1 April 2012



1 comment: