Perbincangan misi damai lebih lima jam di kediaman rasmi Menteri Besar di Alor Setar, yang berakhir awal pagi semalam, dipercayai telah mencari formula menjernihkan kemelut kepimpinan Pas Kedah.
Agak mustahil jika pimpinan PAS pusat mengarahkan Azizan meletakkan jawatannya kerana ia akan menjadi buah tanggung kepada BN. Begitu juga sebaliknya berlakunya pemecatan kepada Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub sebagai berkata, keputusan yang dicapai itu mengambil kira pelbagai pandangan yang dibincang.
"PAS sudah ada keputusan. Ia sangat mengambil kira pelbagai pandangan yang kita bincang.
"Kita akan umum keputusan tersebut secara rasami dalam masa terdekat," katanya dipetik organ rasmi parti itu.
Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi yang berada kuat seia sekata bersama Dewan Ulamak PAS Kedah sudah pasti mempunyai hujjah kukuh terhadap kesalahan yang kritikal yang dilakukan oleh DS Azizan. Menurut sumber Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi tidak akan mengangkat sumpah semula sebagai exco juika DS Azizan masih menjadi Menteri Besar. Walaupun dikritik hebat namun Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi telah melakukan sesuatu yang berani yang semua orang tahu perangai DS Azizan yang cengei dan prongos dan autokrasi. Jika tidak kerana keberanian Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh mungkin ramai petugas dan pimpinan PAS hanya akan bercakap mengenai sikap DS Azizan yang tidak disenangi.
Penyelesaian terbaik bagi pandangan saya bagi mengelakkan isu ini dijadikan senjata PRU ke 13 ialah dengan memberi hukuman agar DS Azizan tidak lagi bertanding pada PRU 13 namun kekal MB Kedah sekarang manakala Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh mesti mengangkat sumpah semula menjadi exco bersama hinggalah DUN dibubarkan.
Jam 2.10 petang/ 4 Mac 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment