Welcome Message

HIJAU BULAT (mendepani kesejahteraan rakyat)

..Kehebatan Manusia Bergantung Sejauhmana Kita Hebat Dengan Allah...
twitter

Follow on Tweets

Sunday

Kemelut selesai : Phakhrorazi Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru?

Pertelagahan pendapat di antara Phakhrorazi Zawawi dengan Azizan Razak yang sangat ‘kritikal’ masih menjadi bualan dan tekaan namun  sejauh mana ianya sudah diselesaikan.


Dalam laporan Harakahdaily, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang dihubungi berkata, perbicangan tersebut telah mencapai keputusan sebulat suara dan telah mengambil kira pelbagai pandangan yang dibincang. Ia dianggap selesai setelah perbincangan hampir 5 jam berlangsung.

Sedar atau tidak kekuatan  Phakhrorazi Zawawi ialah Dewan Ulamak PAS Kedah bersama dengan beliau. Setiap keputusan yang diberikannya adalah dirujuk kepada Dewan Ulamak PAS Kedah, ia bukan semata mata keputusan peribadi beliau. Apa apa pun terjadi Phakhrorazi Zawawi akan merujuk kepada Dewan Ulamak PAS Kedah. Itulah maksud beliau akan merujuk kepada kawan-kawan sama ada hendak terima exco berdasarkan perbincangan pada malam semalam. Ini yang membimbangkan dan membingungkan PAS pusat sehingga terpaksa menunda pengumuman yang sepatutnya diumum pada tengahari ini tadi kepada esok (Isnin) di Pejabat Agong PAS pusat.

Phakhrorazi Zawawi mungkin boleh menerima permintaan PAS Pusat untuk beliau menerima kembali jawatan exco dengan syarat DS Azizan tidak lagi menjadi MB Kedah atau sekurang-kurang nya bagi menjaga pakatan rakyat DS Azizan tidak akan bertanding pada pilihanraya yang akan datang (PRU 13).

Namun jika DS Azizan masih memegang jawatan MB Kedah , salah laku terhadap etika PAS mungkin akan berlarutan. Semua orang Kedah kenal perangai DS Azizan yang prongos tak tentu pasai. Beliau buat keputusan hanya guna pendapatnya sahaja, walaupun syura dan majority menolak keputusan tersebut.

Phakhrorazi Zawawi mungkin boleh menerima kenyataan beliau kembali menerima jawatan exco Kedah dengan berada di dalam kabinet  DS Azizan namun jawatan Pesuruhjaya mesti diberikan oleh PAS Pusat kepasa beliau , bukan atas dasar gila jawatan namun atas dasar pengawal kepada tindak tanduk DS Azizan yang mesti melaksanakan agenda pentadbiran Kedah yang  selari dengan kehendak parti , bukan kepentingan beliau tanpa menggunakan kaedah syura.

Persoalannya adakah PAS Pusat akan membuat keputusan untuk memberikan jawatan Pesuruhjaya PAS Kedah kepada Phakhrorazi Zawawi dan mengekalkan jawatan MB Kedah kepada DS Azizan serta Phakhrorazi Zawawi perlu akur untuk menerima jawatan exco ?

Kita tunggu dan lihat keputusan menggemparkan pada esok pagi (Isnin jam 11 pagi)

No comments:

Post a Comment