Welcome Message

HIJAU BULAT (mendepani kesejahteraan rakyat)

..Kehebatan Manusia Bergantung Sejauhmana Kita Hebat Dengan Allah...
twitter

Follow on Tweets

Monday

STRATEGI ‘KAMIKAZE’ 2 EXCO KEDAH, SELAMATKAN KERAJAAN KEDAH

Saya terpanggil untuk menulis artikel ini apabila melihat masih ramai yang tidak memahami isu dan meletakkan kesalahan yang parah kepada Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail sedangkan isu telah selesai. Bukan tujuan saya untuk membesarkan isu supaya kita dapat melihat keunikan PAS yang berlapang dada dlam menyelesaikan maslaah dalaman.
Kemelut dalam  kepemimpinan PAS  Kedah berakhir  dengan pengumuman dua exco kerajaan negeri  Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh masing-masing menerima pelantikan semula jawatan exco Kerajaan Negeri selepas berpuas hati dengan penubuhan jawatankuasa Pengawal bagi mengawal selia pentadbiran negeri Kedah.
Krisis terjadi apabila Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail  enggan menerima lantikan semula exco jika DS Azizan masih menjadi Menteri Besar Kedah. Rentetan itu hanya 8 orang exco sahaja yang mengankat sumpah pada 28 Februari 2011 yang lalu.
Pasti kita dan ramai orang tidak mengetahui masalah dalaman Kerajaan Kedah yang diibaratkan sangat ‘kritikal’ . Krisis kepimpinan DS Ustaz Azizan yang banyak membelakangkan prinsip Pakatan Rakyat menjadi punca utama kenapa Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail  mengambil sikap untuk melakukan ‘kamikaze’ politik untuk menegur DS Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah walaupun dicemuh ramai pihak.
Mungkin kita tertanya-tanya apakah isu dan perbalahan kritikal yang sedang berlaku di dalam Kerajaan Negeri Kedah.  Apa yang kita tahu hanya sebahagian kecil sahaja masalah kritikal seperti DS melantik   CEO anak syarikat milik Kerajaan Kedah di kalangan UMNO yang banyak mengambil kesempatan kurapsi kewangan, memberikan projek bernilai 1 billion kepada ‘individu’ UMNO secara runding terus, Mengakui untuk menguna pakai Akta AUKU dalam kes 5 orang mahasiswa KUIN yang digantung, isu balak dan lain-lain. Ini hanya sebahagian yang kita ketahui mengenai kemelut dalaman menerusi saluran blogger dan maklumat dalaman.
Sebenarnya jika ingin didedahkan  banyak lagi masalah dalaman yang agak keterlaluan jika saya katakana tak layak berlaku di bawah sebuah pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat, yang hanya sesuai saya ibaratkan dengan kesalahan ‘kritikal’. Hal ini disedari oleh Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail serta exco yang lain. Bahkan ramai orang tahu tetapi tak berani menyatakan dan menegur DS Azizan kerana mengetahui kegarangan dan ke’cengei’an DS Azizan. Jika didedahkan kemelut dalaman ini mungkin Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah boleh ditumbangkan BN dengan hanya menggunakan isu kelemahan pentadiran ini. Jika dibiarkan sahaja kerana terlampau nak jaga nama Kerajaan, ia akan menjadi barah yang tunggu masa sahaja untuk meragut nyawa Kerajaan Pakatan Rakyat.
Bagi Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail , diluah mati mayah, ditelan mati emak, maka tidak ada pilihan lain melainkan ‘kamikaze’ bagi memulihkan masalah dalaman perlu dilakukan.Mereka perlu berkorban hingga terpalit  kekotoran nama semata-mata ingin menyelamatkan Kerajaan Kedah
Pendedahan secara beradab mengenai masalah dalaman yang sangat ‘kritikal’ telah dibentangkan dan diterangkan dengan terperinci  dan disertakan dengan hujahan dan bukti ketika pertemuan tertutup bersama YB Salehuddin Ayub, Naib Presiden PAS yang menjadi wakil PAS  Pusat menyelesaikan  isu ini. Oleh sebab itulah kawalan keselamatan dikawal ketat pada malam terbabit, media tidak dibenarkan berada berdekatan dengan tempat perbincangan, sebarang alat rakaman dan elektronik tidak dibenarkan termasuk telefon bimbit, MP3 dan lain-lain. Ini adalah bagi memastikan kesalahan ‘kritikal’ yang telah dilakukan DS Azizan  dapat didedahkan secara telus berdasarkan bukti  kepada pimpinan PAS Pusat, supaya semua maklumat ini tidak jatuh di tangan musuh (BN) dan difahami dengan jelas oleh PAS Pusat kenapa Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail mengambil tindakan enggan dilantik semula exco.
Jikalah memang niat Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail nak jatuhkan Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan DS Azizan , mereka boleh dedahkan kepada media dan awam semua kesalahan ‘kritikal’ yang dilakukan DS Azizan agar umum dan rakyat mengetahui kenapa mereka bertindak demikian rupa dan nama mereka dapat dibersihkan, namun tindakan mendedahkan kesalahan DS Azizan ibarat membuka pekung di dada. Mereka sanggup menerima kutukan dan kritikan daripada seluruh lapisan masyarakat seolah-olah mereka gilakan kuasa dan tamak jawatan. Benarlah kata-kata hukamak, perjuangan dan kebenaran tidak dapat diserlahkan melainkan perlu ada yang terkorban dalam perjuangan. Mereka terkorban dengan kutukan masyarakat seolah-olah gilakan jawatan sebaliknya apa yang mereka mahu Kerajaan Kedah mesti diselamatkan.
Oleh kerana itu apabila ditanya oleh wartawan ketika sidang media , belia menjawab "Matlamat saya sudah tercapai, saya akan sertai semula exco," kata Phahrolrazi.

Katanya, dengan penubuhan jawatankuasa pemandu, sekurang-kurangnya kuasa Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak tidak dominan sehingga tidak boleh dipersoal.

"Dengan penubuhan Jawatankuasa Pemandu, ini bermakna akan ada pihak yang memantau pentadbiran negeri," kata beliau lagi.

Dr ismail yang jarang-jarang bersuara juga seia senada dengan Datuk Phahrolrazi Zawawi apabila dihubungi Malaysiakini, Dr Ismail berkata, beliau tidak akan menerima lantikan semula jawatannya selagi tiada penambahbaikkan dalam 'pentadbiran' negeri pimpinan Datuk Seri Azizan Razak.

Katanya, perubahan perlu dilakukan memandangkan pelbagai masalah-masalah dalaman yang telah timbul.
"Jika perubahan tidak ada, saya tidak akan terima (jawatan exco). Perubahan mesti dilakukan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

"Saya nak perubahan tertentu dalam pentadbiran negeri. Saya juga mahu (PAS) Pusat ambil perhatian terhadap masalah yang kami hadapi.

"Dah lama benda ini kami sebut tapi tidak buat apa-apa. Jadi kami ini seolah-olah 'kamikaze' untuk perkara ke arah kebaikan."
"Kami tidak ada niat lain melainkan untuk kepentingan jamaah.
“Kami bukan nak jadi Hasan Ali. Tok Guru Haji Hadi  tok guru kami, ustaz kami. Kami hormati mereka," katanya.
Dalam banyak situasi semua keputusan dan strategi yang dilakukan Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail bukan hanya keputusan peribadi mereka , bahkan dipandu oleh Dewan Ulamak PAS Kedah yang ibrarat isi dan kuku sentiasa membimbing tindakan mereka.
Di mana sahaja ada kenyataan media, disitu ada bersama mereka Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah beserta AJK Dewan Ulamak PAS Kedah. Ini menggambarkan tindakan yang bukan dipandu dengan hawa nafsu.
Oleh itu saya menyeru semua pihak agar membetulkan persepsi agar tidak melihat tidakan yang dibuat oleh Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail adalah disebabkan gila jawatan dan hendak meruntuhkan Kerajaan Kedah yang sudah lama diperjuangkan sehingga Pakatan rakyat berjaya memerintah Kedah.
Sekarang ayuh kita tumpukan usaha untuk tumbangkan BN dan berjaya menawan Putrajaya, seterusnya menegakkan Islam di Malaysia.
06 03 2012

No comments:

Post a Comment