Welcome Message

HIJAU BULAT (mendepani kesejahteraan rakyat)

..Kehebatan Manusia Bergantung Sejauhmana Kita Hebat Dengan Allah...
twitter

Follow on Tweets

Wednesday

KEMELUT KERAJAAN KEDAH : ADAKAH PANAHAN DARI DOA ORANG YANG DIZALIMI ?

 


Ada satu mesej dalam mesej box face book saya yang dihantar mungkin dari pembaca setia HIJAUBULAT.BLOGSPOT.COM memberikan pandangan beliau mengenai apa yang berlaku dalam situasi kemelut di dalam pentadbiran Kedah kini  adalah hanya dari kerana perkara  yang kecil bagi manusia tetapi besar di sisi Allah. Saya akan paparkan pandangan beliau tersebut.


Ketika Rasulullah SAW mengutus Muaz Bin Jabal ke negeri Yaman (Untuk menjadi Amir dan Qadhi), Baginda bersabda kepada nya: “Hindarilah doa orang yang di zalimi, kerana sesungguhnya tidak ada antara doa nya itu dengan Allah SWT hijab yang mendindingi”

WANITA TUA YANG LEMAH DIZALIMI PEMIMPIN

Al-Tanukhi berkata : Terdapat seorang menteri di Baghdad yang berlaku zalim terhadap seorang wanita tua yang lemah. Hartanya dirampas dan semua hak wanita itu diambil. Wanita itu dengan berani mengadu kepada menteri tersebut sambil menangis dan memprotes kekejaman menteri itu. Menteri itu sama sekali tidak menyedari kezalimannya terhadap wanita itu. 

Wanita itu berkata : Walaupun engkau tidak menyedarinya, aku tetap akan berdoa kepada Allah agar kecelakaan akan menimpa kamu. Menteri itu ketawa terkekeh-kekeh sambil mengejek dengan katanya : berdoalah satu pertiga akhir malam. Wanita itu bangun pada satu pertiga akhir malam dan dia berdoa secara berterusan.

Tidak berapa lama kemudian, menteri itu dipecat dan seluruh hartanya disita. Dia diikat di tengah pasar dan dirotan sebagai hukuman  takzir terhadap kezalimannya selama ini terhadap rakyat jelata. Wanita tua itu lalu didepannya untuk melihat siapa yang diikat, dia berkata : Engkau benar. Engkau telah mencadangkan aku agar berdoa satu pertiga akhir malam dan sekarang terbukti ia waktu paling baik.

AKIBAT PEMIMPIN LALAI DOA ORANG DIZALIMI
Di dalam kitab Siyarul 'Alam an Nubala terdapat kisah seorang anak dari Yahya al Barmaki brkata pada saat setelah berkuasa kita menjadi seperti ini ? Yahya al Barmaki menjawab, " Wahai anakku, kita telah lalai pada doa orang yang teraniaya, namun Allah tidak pernah lalai dan lupa terhadap doa orang yang teraniaya

Mungkin kisah di atas juga perlu diambil pengajaran dalam kes Kerajaan Kedah khususnya DS Azizan  (Pengerusi KUIN) dan Naib Canselor KUIN yang mungkin menganggap isu KUIN adalah isu yang kecil tetapi menurut sumber di dalam mesej yang dihantar pada saya ada 3 perkaran utama apabila hak manusia dirampas bimbang doa orang teraniaya akan menunjukkan kebenaran hadis Nabi yang saya sebutkan tadi. Mungkin kita orang yang tidak berkait dengan KUIN merasa ianya kecil tetapi besar bagi mereka yang dizalimi. Bahkan Allah sekali-kali tidak akan lupa dan lalai dengan doa orang yang dizalimi walaupun kecil sahaja bagi pandangan manusia. 3 perkara tersbut ialah :


1 - Seorang pensyarah di Kuliah Tahfiz KUIN Us Idris Ismail al Hafiz telah dipecat jawatan kerana hanya menuntut hak bangunan tahfiz KUIN.
2 - Semua tuan guru -tuan guru huffaz yang mengajar Diploma Tahfiz KUIN dikeluarkan dari KUIN untuk berada di bawah Yayasan Islam hanya kerana menegur agar jangan mengambil hak mereka (bangunan tahfiz)
3 - 5 orang pelajar KUIN dikenakan tindakan menggunakan undang-undang zalim ala AUKU dengan digantung pengajian selama satu hingga dua semester.

Menurut penghantar mesej (saya rasa kemungkinan pelajar atau pensyarah Tahfiz) :"Kami dianiayai, kami hanya bersuara terus dianggap tidak sayang pada KUIN, Tok Guru kami Ustaz Idris al Hafiz dipecat  dari jawatan Timbalan Dekan Kuliah Tahfiz, kami bersuara kami digantung pengajian, Semua tok-tok guru kami dianiayai lagi apabila KUIN ambil keputusan keluarkan program Diploma dari KUIN maka tok guru kami dipindahkan di bawah Yayasan Islam, kami sudah tidak ada tempat lain untuk mengadu melainkan Allah, kami sentiasa mengadakan solat hajat dan doa secara brjamaah semenjak kami dianiayai ......."

Saya amat takut pada ayat yang terakhir dengan doa dan solat hajat aduan pada Allah, bimbang ia dianggap kecil tetapi besar pada Allah.Saya baca dalam blog yang di 'foward'kan pada saya (maharajasuntzu.blogspot.com) yang mengandungi bukti minit mesyuarat penglibatan DS Azizan dan Naib Canselor KUIN, Dato Jamil  dalam isu KUIN hingga menjadi isu nasional .

Saya pergi KUIN semalam dan berjumpa dengan beberapa pelajar tahfiz dan tok-tok guru mereka  mengenai perkara ini dan mereka membenarkan mesej yang saya terima itu bahkan ditambah lagi "kami dah lama kena zalim". Subhanallah  kalaulah inilah punca utama, perdamaian dan majlis permaafan perlu dilakukan antara DS Azizan dan Dato Jamil serta seluruh warga tahfiz KUIN. Kita sayangkan Kerajaan Islam , jangan kerana individu tertentu Kerajaan ditumbangkan... mintak simpang  Dikhabarkan ketika ini DS Azizan pun masih kurang stabil selepas dimasukkan ke hospital tempoh hari dan pada masa yang sama saya diberiatahu Dato Jamil pun berada di hospital untuk dilakukan pembedahan jantung, wallahu a'lam hanya 'hanya manikam yang mengenal jauhari'

8 Mac 2012

3 comments:

  1. sebut pasal zalim ni, "memberikan projek bernilai 1 billion kepada ‘individu’ UMNO secara runding terus" ada supporting prove ka utk allegation ni? sebelum tu tau tak 1 bilion ni byk mn?

    ReplyDelete
  2. saya juga terpanggil untuk memberi sedikit pandangan setelah terjumpa dan terbaca maklumat di atas, sekalipun saya asalnya orang kedah tetapi telah menetap di kl atas pencarian rezeki..namun begitu saya teramat terharu kerana apa yang telah terjadi di kedah ini adalah sesuatu yang pelik dan tidak pernah berlaku di dalam sejarah kedah...pertama ialah tentang pemangku sultan kedah isu kuin isu madrasah salihiah yang akan dirobohkan isu tanah perkuburan bukan islam di kawasan Islam di Kulim.............apakah pemimpin islam kedah terlalu asyik?lupa diri kerana dek kemewahan? dek kekuasaan? dek ego? dek menjaga perasaan pkr dan dap? terutamanya pihak pihak yang chauvinist? saya ....TERSANGAT SEDIH DAN KECEWA...HABIS LAH TERLELONG NYA ..MARUAH DAN SYIAR ISLAM DI KEDAH.............last sekali exco exco kedah jugak tidak sehaluan?...YA ALLAH TUNJUKKALAN AZAB MU JIKA....INI BENAR BENAR BERLAKU SUPAYA MANUSIA DAPAT MELIHAT DAN MENEBUS KESILAPAN KERANA KEROSAKAN DI MUKA BUMI INI................

    ReplyDelete
  3. kalau inilah ceritanya,bermakna salahlah golongan yang mewajibkan memberi undi berdasarkan aliran/matlamat politik tertentu.Maksud saya ada golongan mewajibkan sokong mereka kerana keIslamisasi mereka.Berdasarkan cerita ini,maka salahlah kenyataan mereka.Kita berhak untuk memilih mana-mana calon dari mana-mana parti untuk kita undi berdasarkan keyakinan kita terhadap beliau mampu mentadbir dengan baik.Kalau salah minta betulkan kerana saya komen berdasarkan cerita tersebut.

    ReplyDelete